Browse By

Yang Sebenar Tentang Kotak Hitam

Sering kali terjadinya nahas yang melibatkan pesawat penerbangan, ramai yang memperkatakan tentang misi mencari kotak hitam. Kotak hitam dianggap begitu kritikal dalam membantu merungkai punca sesuatu nahas penerbangan itu boleh berlaku. Kandungan kotak hitam dikatakan menyimpan data-data rakaman perbualan antara juruterbang dan pembantunya dengan menara kawalan serta turut merakam sebarang bunyi yang mencurigakan di dalam persekitaran kokpit.

Timbul persoalan di kalangan kita bagaimanakah rupa bentuk kotak hitam. Jika warnanya hitam seperti namanya, bukankah sukar untuk dicari terutama apabila tragedi berlaku di kawasan hutan tebal dan gelap. Bagaimana pula dengan data-data di dalam kotak hitam boleh terselamat jika sesebuah pesawat itu terhempas dan meletup lantas menyebabkan badan pesawat berkecai?

Sebelum kita mengenal rupa bentuk kotak hitam, mari kita melihat sejarah terciptanya alat ini. Kotak hitam yang pertama dicipta pada pertengahan tahun 1950an oleh seorang saintis muda warga Australia bernama Dr. David Warren. Beliau pada ketika itu bertugas di Makmal Kajian Aeronautikal Melbourne yang mana secara langsung terlibat dengan penyiasatan kemalangan pesawat komersial pertama berkuasa jet yang diberi nama Comet. Dr. David berpendapat sebarang unsur bunyi yang dapat dikesan sebelum sesebuah pesawat terhempas mampu memberi petunjuk kepada penganalisis tentang punca sesuatu nahas itu berlaku.

Kotak hitam merupakan sebuah peranti elektronik berwarna hitam pada awal pembinaannya sebelum diubah kepada warna jingga terang untuk mudah dikenalpasti. Saiznya sebesar kotak kasut dan diperbuat daripada aluminium. Berat kotak hitam adalah sekitar 10kg dan biasanya diletakkan di bahagian depan atau di bahagian ekor pesawat kerana bahagian tersebut dianggap paling kukuh pada badan pesawat. Kotak hitam direka agar tahan hentaman yang kuat dan mampu bertahan kira-kira 1,110°C kebakaran selama sejam dan 260°C kepanasan untuk selama 10 jam. Selain itu kotak hitam juga mampu beroperasi dalam suhu antara -55° hingga +70°C dan mampu menyimpan data penerbangan paling kurang selama 25 jam.

Kotak Hitam

Kotak Hitam

Petikan berikut diambil daripada Wikipedia :

Satu “kotak hitam” sebenarnya terdiri daripada dua kotak – perakam suara kokpit dan perakam data. Perakam data penerbangan merakam aliran maklumat penerbangan, sementara perakam suara kokpit menyimpan perbualan dan bunyi lain yang berlaku di kokpit. Perakam suara kokpit mampu merakam komunikasi kokpit dalam kitaran dua jam dan menindan kesemuanya kecuali dua jam terakhir.

Ini disebabkan biasanya hanya bahagian terakhir penerbangan yang menentukan punca nahas. Sebagai contoh, dalam nahas penerbangan Air France 447, perakam suara kokpit memberikan pandangan bernilai bagi penyiasat mengenai kekeliruan yang mengatasi juruterbang. Bagi kes MH370, bagaimanapun, ia dipercayai bahawa saat penting bagi memahami penerbangan bekitar pada tempoh sistem komunikasinya ditutup dan ia melencong tajam kearah barat sebelum terbang dengan senyap selama tujuh jam. Sungguhpun data penerbangan mungkin kekal, perbincangan di kokpit sejurus selepas perhubungan kawalan trafik udara dengan penerbangan terputus akan ditindak, kecuali kuasa pada perakam turut putus pada masa yang sama.

Apabila penderia pada kotak hitam mengesan bahawa ia diselitupi air, ia memberi isyarat ping, yang boleh dikesan oleh mikrofon dan penganalisa isyarat dari sekitar satu batu jauhnya. Bagaimanapun bateri pada kotak hitam hanya bertahan tidak kurang dari 30 hari sahaja. Pengesan mampu mengesan bunyi ping kotak hitam sehingga kedalaman 6,100m (20,000ft).

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kotak_hitam_(pengangkutan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...