Untuk Tatapan Anak Jati Pahang
Filed Under (Hiburan) by hafez on 07-07-2008
Tagged Under : menghilir di sungai pahang, pahang, Roslan Madun
Untuk anda yang berasal daripada Negeri Pahang, sebuah lagu bertajuk Menghilir di Sungai Pahang dendangan Saudara Roslan Madun tentu tidak begitu asing anda dengari. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk mengimbau kembali lagu ini dan hayati liriknya yang begitu bermakna dan bersejarah.

Menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang (3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana (2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan (2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja (2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)
Penuh perjuangan
[ Download: Menghilir di Sungai Pahang.wma ]
[ Mirror Download: Menghilir di Sungai Pahang.wma ]

























Tak sangka Pahang pon ada lagu sendiri ek???
Yer, setiap negeri ada lagu rakyat tersendiri…
sedih melihat jiwa anak pahang sekarang….jiwa anak2 merdeka…tiada lagi datuk bahaman, mat kilau, kamaruzzaman teh dan rakan perjuangan yg lain.
kenape lagu menghilir di sg. pahang tak boleh download. sya sendiri tak pernah dengar lagu 2. klu sape2 bleh carikan muziknya….
kalau deme nak lagu rakyat pahang dari roslan madun, buka laman web kekkwa, siap boleh download lg….banyak lagu ade!!!!
Maaf semua, saya baru sahaja betulkan link untuk download….terima kasih kerana makluman itu.