Browse By

Tuntutan Terbaru Ceupacs

Honorarium ganti bonus dijangka bincang awal Januari

PUTRAJAYA, 23 Dis. — Permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mendapatkan honorarium atau sagu hati bagi menggantikan bonus kepada setiap kakitangan awam dijangka dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan awal bulan depan.

Presidennya Omar Osman memberitahu Bernama hari ini, Cuepacs sedang menunggu kepulangan Mohd Sidek yang kini berada di Mekah kerana menunaikan fardu Haji.

Omar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini memberikan lampu hijau kepada Cuepacs untuk membincangkan perkara itu dengan Mohd Sidek.

Pada 10 Sept lepas, Cuepacs menghantar memorandum memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula pemberian bonus ataupun sebagai gantinya honorarium RM2,000 kepada setiap kakitangan awam tanpa mengira gred.

Di samping itu, pemberian itu akan dapat meringankan beban kakitangan awam berikutan kenaikan harga barangan. Jumlah keseluruhan kakitangan awam ialah 1.2 juta dengan 850,000 orang daripadanya merupakan kakitangan sokongan yang berpendapatan rendah.

Omar berkata walaupun Cuepacs memohon RM2,000 bagi setiap kakitangan awam namun kesatuan itu akur kepada keputusan kerajaan mengikut kemampuannya.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam pertemuan itu kelak ialah permohonan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan awam kepada 60 tahun berbanding 56 tahun sekarang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas pada 28 Dis ini bagi membincangkan cara untuk membantu kakitangan awam yang terlibat dengan banjir di negeri yang teruk terjejas, termasuk Pahang.

“Kita telah mendapat maklum balas daripada ahli dari Pahang yang mahukan badan ini memberi bantuan kepada kakitangan awam yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, kesatuan telahpun menghulurkan bantuan kepada kakitangan awam yang terlibat dengan banjir di Johor.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga berharap agar peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ditangguhkan sehingga selesai masalah banjir.

“Setiap jabatan harus menangguh sementara PTK bagi membolehkan warga awam yang terlibat dengan banjir menumpukan perhatian terhadap keluarga mereka,” katanya.- BERNAMA

CUEPACS yakin diberi sagu hati RM2,000

Oleh S.ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) percaya rayuannya untuk mendapatkan sagu hati sebanyak RM2,000 bagi menggantikan bonus dapat meringankan beban 850,000 kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, kesatuan sekerja itu akan membincangkan rayuan tersebut dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada awal bulan depan.

“Kita sedang menunggu kepulangan Ketua Setiausaha Negara yang kini berada di Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan haji,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omar berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini penghantaran memorandum oleh kongres itu kepada kerajaan pada 10 September lalu berhubung pembayaran honorarium menggantikan bonus.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberikan reaksi positif berhubung perkara itu dan meminta kesatuan sekerja itu berbincang mengenai rayuan berkenaan dengan Mohd. Sidek.

CUEPACS bagaimanapun menegaskan bahawa kesatuan sekerja induk kakitangan awam itu tidak berniat untuk mendesak kerajaan berhubung perkara tersebut.

Omar menjelaskan, beliau memahami kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal kewangan negara sebelum meluluskan pemberian sagu hati itu.

Pihaknya berharap kerajaan dapat memberi honorarium antara RM1,000 hingga RM1,500 jika permohonan untuk pembayaran honorarium sebanyak RM2,000 ditolak.

“CUEPACS percaya honorarium ini amat penting terutama kepada kakitangan awam kerajaan yang berpendapat rendah.

“Daripada 1.2 juta anggota sektor awam, kira-kira 850,000 merupakan kakitangan berpendapatan rendah.

“Sekurang-kurangnya ia (bayaran sagu hati daripada kerajaan) dapat membantu mereka membeli pakaian sekolah dan keperluan anak-anak yang akan menempuh sesi baru persekolahan pada tahun depan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • nor ali

    salam..
    kami tak ksh sbnrnya kalo tak dpt sebanyak 2 ribu..tapi kami harap sgt kerajaan pertimbangkan wlopon dpt sedikit imbuhan atau saguhati..apatah lg kami yang berada di pekan pahang..yg teruk dilanda banjir dan yg kebuntuan kewangan kerana masalh tersebut..harap pihak kerajaan petimbngkannya..

  • admin

    kebiasaannya akan ada pampasan untuk mangsa-mangsa bencana alam….harap keadaan di Pekan akan segera pulih seperti sedia kala, sama-samalah kita bersabar & berdoa.

  • womenpilis

    Pada pandangan kami , amatlah sesuai bagi kerajaan memberi saguhati tersebut sempena kemerdekaan negara yang ke50. Mutu perkhidmatan kakitangan awam semakin baik . Ini menunjukan bahawa , kakitangan kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan imbuhan yang diberikan oleh kerajaan.

  • admin

    pendapat saya, kakitangan awam perlu memberi sokongan berterusan kepada Ceupacs dalam usahanya menuntut bayaran saguhati atau ganjaran yang difikirkan wajar diberikan kepada kakitangan awam.

  • raba’ah abas

    askum.saya rasa kerajaan pak lah patut memberi saguhati kepada kami kumpulan kaki tangan awam.kalau tidak dapat rm2000 kami berharap pak lah dapat beri kami rm1000 pun kami ucap syukur.kami tetap menyokong pentadbiran pak lah.

  • suziani

    Tak dak saguhati tak dak undi.

  • admin

    rezeki di tangan Allah, rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. jika kita bersyukur, pasti kita boleh dapat lebih daripada yang kita harapkan.

  • suziani

    Kerajaan Singapura tahun lepas boleh naik gaji kakitangan kerajaan sampai 30% sama macam kakitangan k’jaan Malaysia. December lalu bagi bonus 2.5 kali gaji. Kenapa Malaysia tak boleh. Singapura pendapatannya hanya hasil drp perkhidmatan pelabuhan dan kilang boleh bagi banyak tu, Malaysia yang mempunyai pelbagai hasil bumi dan bahan mentah tak kan tak boleh. Kot-kot dah dikapur oleh orang besar-besar. Siapa tahu.

  • admin

    Tentang kapur tu Wallahualam, tapi kita kena ambil kira juga tentang pelaburan asing di sini, purata pendapatan penduduk dan jumlah penduduk Malaysia sendiri. Pada pendapat saya, tidak begitu sesuai untuk dibandingkan dengan Singapura daripada sudut ekonomi.

  • http://yahoo shaz

    Kerajaan patut memberi saguhati bagi menggantikan bonus yang diterima di tahun-tahun lepas, sedikit pun tak pe…Tak adillah jika tahun-tahun lepas kakitangan awam dapat merasa bonus tetapi tahun ni tak dapat pulak, sedangkan pekerja syarikat swasta pun dapat bonus. Tak pun kerajaan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menurunkan harga barangan runcit seperti gula, minyak masak dan sebagainya kerana kehidupan rakyat kita sekarang sangatlah terdesak sehingga banyak kes kecurian, rompakan, ragut dan sebagainya kerana kesempitan hidup.

  • admin

    Tahun lepas tiada bonus tapi syukur dapat kenaikan gaji. Kadang kala risau juga kalau selalu dapat bonus, harga barang tentu akan meningkat secara mendadak. Kesian kepada pekerja swasta atau yang bekerja sendiri, tentu lebih terbeban.

  • suziani

    Anda tak teringin nak bonus ker. Potong jari kalau dikasi mesti sapu. Perkara yang perlu diambilkira adalah mekanisma pengagihan hasil kerajaan. Mesti ada logik, waima kalau nak tulis program komputer pun mesti ada dia punya pseudo code dan alkhawarizminya. Kalau ikutkan kepada Menteri Kewangan II, minyak mentah naik 1USD per barrel, petronas dapat untung RM250 juta sehari. Kalau ekonomi meleset logiknya bonus tiada honorarium tak dak. Kalau dah hari ni Menteri di Jabatan Perdana Menteri cakap ekonomi berkembang pesat dan tabung haji boleh bagi dividen tertinggi dalam sejarah apa logiknya kerajaan tak dak duit. Kelapa sawit naik melambung, getah sekerap mencacak harganya, bijih timah dan emas tak boleh cakaplah. Suratkabar ini hari cakap roti canai semalam naik RM1. Ini hari boleh turun 80 sen bermakna kerajaan berkemampuan mengawal harga barangan.

  • admin

    Alhamdulillah sekiranya bonus diberi, dan pada masa yang sama harga barangan dapat dikawal sepenuhnya terutama barangan keperluan. Semoga tiada yang terbeban akibat pemberian bonus nanti, insyaAllah.

  • khz

    Bonus di hujung tahun amat diperlukan bagi kakitangan awam kerana sumber daripada inilah yang akan mengurangkan kakitangan awam membuat pinjaman bank pada setiap hujung tahun. Melalui statistik yang diperolehi tahun ini menunjukkan kebanyakkan bank tempatan telah memberi jumlah pinjaman yang tinggi terutama bank rakyat. Ini kerana bonus yang ditunggu-tunggu tidak di perolehi tahun ini. Golongan yang membuat pinjaman ini adalah dari golongan kakitangan sokongan. Cuba renungkan betapa sukarnyanya golongan ini hidup di bumi sendiri. Gaji naik sampai 25 peratus tapi bila gaji naik barang pun naik. Walaupun harga barang terkawal tapi bagaimana dengan barangan ang tidak terkawal seperti susu anak, pampers, barang makanan, perbelanjaan alat tulis anak dan buku-buku, sabun, kereta- minyak enjin, servis, dan berbagai lagi. Keperluan ini tiba-tiba naik mendadak. Kerajaan uga perlu mengawal barang-barang seperti ini kerana ia juga merupakan keperluan yang tidak dapat dielakkan. Sememangnya penting….renungkanlah…wahai Pak Lah.

  • torpedo

    KERAJAAN WAJAR MEMBERI SAGUHATI KEPADA KAKITANGAN AWAM …..

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Mudah-mudahan kerajaan baru yang akan dibentuk nanti lebih prihatin dengan keperluan rakyat, insyaAllah.

  • Irwan

    Kerajaan patut memberi wang saguhati kepada kakitangan awam, dimana menghargai jasa yang telah diberikan. Mengenai masalah kakitangan awam, tidak semua kakitangan awam yang mengambil rasuah, masalah displin dan sebagainya. Kerajaan telah maju dan berkembang pesat, hasil usaha dan kepandaian Pak Lah menguruskan pentadbiran dan kewangan negara. Dipendekkan cerita, saya menyokong sepenuhnya pembayaran saguhati kepada kakitangan awam. Diharap, para pembaca , jangan menuding jari dan keburukan kakitangan awam, sebaliknya cermin diri sendiri dahulu sebelum melemparkan keburukan kakitangan awam. Kerajaan ada undang-undang menghukum setiap kakitangan yang bermasalah, sebagai rakyat malaysia, kita diberi pendidikan dan akal yang sempurna boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.Sekian, terima kasih.

  • http://yahoo.com.my rozita yusof

    assalamualikum…
    pada pihak tuan saya merayu agar pihak ceupacs agar mempertimbangkan nasib kakitangan yang berkerja secara sambilan dalam sektor awam. saya kini memcecah hampir 2 tahun 1/2 berkerja di sektor awam masih lagi memegang jawatan sambilan, mengapakah perkara ini dibiarkan, banyak keistemewaan yang tidak dapat saya nikmati kerana status jawatan saya adalah sambilan. mengapakah saya sebagai warga negara malaysia perlu menanggung keperitan ini sehingga bertahun-tahun lamanya. dimana saya tidak layak dikira kakitangan kerajaan dan tidak mendapat layanan yang istimewa sedangkan saya berkerja tungkus lumus untuk kerajaan. diharapkan pihak ceupacs dapat membawa perkara ini ketengah. saya percaya ramai lagi kakitangan awam sambilan yang mahukan keadilan dalam negara ini.kami bukan pendatang asing yang hanya diberi jawatan sambilan apa akan jadi sekiranya jawatan yang telah bertahun-tahun di sandang, tiba-tiba di berhentikan begitu sahaja. saya mohon pihak tuan fikirkan lah nasib ” perkerja sambilan dalam sektor awam seperti kami ini “sekian terima ksih.

  • WAN

    SAYA NAK CEUPACS BILA BUAT TUNTUTAN JANGAN LUPA KEPADA PEGAWAI YANG BERTUKAR4 WILAYAH. IMBUHAN PERTUKARAN WILAYAH TIDAK SETINGGI COLA. CONTOHNYA ELAUN PERPINDAHAN WILAYAH BAGI PEGAWAI RENDAH HANYA 20% GAJI ASAS. BILA GAJI ASAS 1200 MAKA ELAUN WILAYAH HANYA 240 TETAPI COLA 300. INI KERANA ELAUN PERUMAHAN WILAYAH HANYA SEORANG DARIPADA SUAMI ISTERI SAHAJA YANG LAYAK.MAKA GAJI MEREKA YANG BERTUKAR WILAYAH AKAN LEBIH KECIL DARIPADA PEGAWAI YANG TIDAK BERTUKAR WILAYAH PADA GRED DAN TANGGA GAJI YANG SAMA. HARAP CEUPACS BOLEH MEMPERJUANGKAN NASIB KAKITANGAN TERSEBUT. HARAP ELAUN COLA DIBERIKAN KEPADA PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH YANG TIDAK MEMILIKI ELAUN PERUMAHAN WILAYAH. ATAU BAGILAH 50% DARI COLA TERSEBUT. INI KERANA TUJUAN ELAUN COLA UNTUK MENAMPUNG KOS HIDUP. INI KERANA PEGAWAI DI SABAH DAN SARAWAK TERASA PADA BEBANAN KENAIKKAN HARGA DIPASARAN.HARAP CEUPACS TIDAK TERLEPAS PANDANG KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM YANG TERGOLONG SEPERTI DINYATAKAN. KEADILAN DAN SAKSAMA HARUS DIPERJUANGKAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN AWAM. TOLONG BUAT KAJIAN SEBELUM SEBARANG KEPUTUSAN DIAMBIL DAN MINTALAH PANDANGAN GOLONGAN TERBABIT DAN SEMUA YANG BERADA PADA SEKTOR AWAM.DIHARAP CEUPACS DAN PRESIDENT DAPAT MEMPERJUANGKAN KEADILAN UNTUK SEMUA KAKITANGAN . SEKIAN TERIMA KASIH

  • mohd.shamsudin bin hashim

    saya pesara jaga sekolah,berkhidmat selama kurang 300 bulan.
    mengikutkan jawapan blog drp jpa amat mengiciwakan sekalijadi saya berharap jika berlaku perkara yg kurang memuaskan kami ,ceupac lah,tempat kami mengadu.ini nampaknya ceupac pun diam tiada kedengaran apa apa,

    saya percaya pehak ceupac juga tak mengabaikan nasib
    kami ini,supaya berunding dng kerajaan agar nasib kami juga dipertimbangkan,kesannya bila mereka naik pencen
    harga barang turut naik,bagi yg naik pencen itu ok lah bagi
    kami yg tak naik tak ok lah.

    sekian ucapan saya sekeluarga selamat hariraya.

  • http://man_kkss75@yahoo.com MAN

    minta ceupacs faham ngan kakitangan kerajaan yang kontrak sudah berpuluh tahun ni dapatlah diserap ke jawatan tetap………segera……kalau boleh tahun depan ni.

  • muhamad yusof arsad

    saya telah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun
    dan telah bersara pada 10-01-2008 yang lalu.Saya telah dikurniakan pingat PJK dan PPN pada tahun 2007 dan 2008/Saya telah menerima pencen bulanan.Saya cadangankan pada ceupacs agar pada pesara-pesara yang telah menerima pingat-pingat tak kira dari negeri atau persekutuan agar diberi sedikit imbuhan kerana pingat-pingat tersebut amat tinggi nilainya kerana pesara-pesara tersebut telah berbakti pada kerajaan dengan memberi perkhidmatan terbaik semasa dalam kerajaan.Ceupacs harus memberi atau memajukan cadangan ini kapada kerajaan untuk dinilai.Kami pesara punyai banyak tanggungan dan tanggung jawab kapada keluarga.Jika ceupacs dapat memajukan usul ini saya serta semua pesara-pesara yang terlibat akan memberi sokongan padu.Saya berharap pehak tertentu dapat menimbangkan usul atau cadangan ini.Apalah gunanya pingat-pangat yang telag diperolehi semasa berkhidmat dahulu tidak dihargai..Kami pesara perlu juga mendapat menikmati faedah tersebut.Kami juga punyai keluarga utnuk disara dan bukan semua pesara mewah.
    Sekian terima kasih semuga mendapat perhatian pehak tertentu. Wassalamm

  • Tega sulan

    untuk tahun 2011 ini saya berharap ceupac akan terus memohon kepada kerajaan malaysia dibawah kepimpinan yang berhormat perdana menteri yang kita kasihi agar mendapatkan saguhati atau bonus dari kerajaan, saya memberi pendapat agar permintaan itu adalah munasabah seperti, pemberian itu biarlah sama rata, sekiranya rm2000… biarlah semua akan dapat jumlah itu, tidak kira pegawai ke atau peringkat bawah dalam ertikata kita semua sama bekerja dan jangan kira perjawatan itu tinggi ke atau rendah.ini boleh menjuruskan beban kerajaan,dan tidak akan menguntungkan sebelah pihak sahaja.

  • Faizaljabar79

    saya pekerja rendah awam yg bertugas di kementerian kesihatan dalam unit kawalan vektor yang terdedah dgn racun serangga.gaji saya dah langgar dinding rm1247.09 tempoh bertugas
    masih ada 25thn kalau kerajaan tak laksanakan gaji minima macam mana nak sara hidup dgn harga barang sekarang ni.

  • Zulpdp90

    Jgn lupa pada semua pemandu penjawat awam…perlu kaji semula alaun hotel dan yang berkaitan denganya