Browse By

Tips Untuk Pilih Wakil Rakyat

Saya baru sahaja kembali daripada bercuti di Hawaii kampung malam tadi, untuk seketika tidak dapat update blog ini memandangkan di sana liputan 3G tidaklah begitu memuaskan. Nampaknya suasana di kampung saya ketika ini sungguh meriah dengan kempen pilihanraya dan saya percaya di tempat-tempat lain juga tidak kurang meriahnya terutama selepas berakhirnya Hari Penamaan Calon pada 24 haribulan yang lalu.

Boleh saya katakan bahawa kebanyakkan bakal pengundi pada waktu ini sudah mempunyai pilihan hati dalam memilih bakal pemimpin atau wakil rakyat untuk penggal seterusnya. Bagi bakal pengundi yang baru sahaja layak mengundi tahun ini atau pertama kali mengundi, saya ingin berkongsi sedikit tips dengan anda. Tips ini mungkin dapat dijadikan panduan dalam memilih kriteria bakal pemimpin atau wakil rakyat yang betul-betul berkaliber dan mampu berkhidmat dengan penuh dedikasi di tempat anda.

1. Pastikan anda mengenali latar belakang pemimpin yang bakal anda pilih baik daripada segi pendidikan, kerjaya mahu pun penglibatannya dalam politik. Bukan sekadar mengundi berdasarkan wajah cerianya di majalah poster-poster.
2. Pastikan anda tahu di mana kediamannya dan beliau mudah untuk dihubungi sama ada melalui telefon, emel atau berjumpa terus tanpa banyak soal jawab masalah.

3. Fahami apakah wawasan beliau dalam membawa kepada kesejahteraan masyarakat di dalam kawasannya. Jika boleh senaraikan apakah janji-janji manis yang beliau pernah hebahkan sewaktu berkempen. Jika sebelum ini beliau telah terpilih, semak sama ada janjinya dulu telah ditunaikan.
4. Pastikan beliau sememangnya dikenali ramai di dalam masyarakat kawasannya dan pernah memberi sumbangan yang bermakna.
5. Pastikan juga beliau cukup prihatin dengan masalah masyarat di kawasannya dan sering “turun padang” tidak kira dalam sebarang keadaan. Bukan sekadar muncul di majlis-majlis keraian dan perasmian sahaja.
6. Pastikan juga beliau tidak hanya berkhidmat untuk penyokong-penyokongnya sahaja. Pemimpin yang baik akan berkhidmat secara adil kerana beliau dipilih secara majoriti.
7. Pastikan beliau bebas daripada dikaitkan dengan rasuah atau politik kotor.
8. Pastikan beliau tidak berkempen dengan memburuk-burukkan lawannya, mengapi-apikan penyokongnya atau membuat ugutan jika tidak dipilih.
9. Pastikan juga beliau berkempen secara aman dan setiap ceramahnya mendapat permit yang sah.
10. Tidak lupa juga pastikan bakal pemimpin yang bakal anda pilih itu nanti seorang yang tidak lokek dengan senyuman yang ikhlas kerana senyuman itu membahagiakan. 😀

Selamat mengundi!

zp8497586rq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://muhdfirdaus.com/blog Dauz

    betul tu…tetapi saya belum dapat mengundi lagi ..hihi 🙂

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Malang sekali tidak dapat mengundi, nampaknya kena tunggu lagi 4 tahun lah… 😀