Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan

Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.


Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk menghadapi Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.
1. Fahami isi kandungan buku undang-undang terbitan kerajaan seperti Arahan Keselamatan, PKPA dan Arahan Pentadbiran. Sekiranya ditanya soalan berkaitan cuti contohnya, anda seharusnya tahu bab mana yang perlu dirujuk.
2. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan subjektif dalam masa 3 jam.
3. Paling penting pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Tulisan calon turut memberi kesan terhadap pemberian markah.
4. Disebabkan peperiksaan ini dilakukan secara “open book“, maka pastikan anda membawa ketiga-tiga buku undang-undang seperti yang telah dinyatakan. Tiada siapa yang akan meminjamkan kepada anda buku tersebut sekiranya anda lupa untuk membawanya pada hari peperiksaan.
5. Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu. :D


Tagging

Tagging

Tagging


6. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……

7. Disebabkan masa yang agak terhad untuk menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam, maka sebolehnya anda menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan cuba elakkan daripada pergi ke tandas sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.
8. Bertawakallah selepas selesai menjawab, semoga anda berjaya! :D

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos
  • http://www.ligakampung.com zool

    HUhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu…
    Aku bakal ambil sekali lagi …
    Bukan sebab tak boleh jawab tapi yang no 6 tu aku tak buat…
    Nangis air mata darah pun tak guna.

  • http://www.mohdhafez.net Hafez

    Cuba lagi Zool! :D

  • http://www.ligakampung.com zool

    Huhuhuhu.. Tahun depan dah nak 3 tahun.. Harap2 soalan senang .. Soalan yang ni tak susah .. Pukul 12 aku dah setel sekali baru aku tau kena buat rujukan tu…
    Harap2 si pemeriksa markah tu kesian tuliskan no rujukan kot…
    Ha ha ha….

  • Rai

    Hafez, saya baru amek exam undang2 td n PKPA semalam. Mmg xsempat.serius saya ckp ni. Mmber2 lan ada yang sempat buat tpada yg bolos2, xjawab penuh..smalam utk PKPA sempat..td untuk undang2 pon sempat jwb 71/2 je..

    Boleh lepas tak hafez..?? Takut xlepas la..huhuh…

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Bertawakkallah jer la Rai, yang penting jawab mengikut kehendak soalan. InsyaAllah boleh lulus. :D

  • Rai

    Thanks, hafez..

  • aziah

    huhuhu
    tips tu memang betul… kena wat tanda… pastu leh la wat ulangkaji soklan tahun lepas2… alhamdulillah pertama amik paper yang A dah lulus… tinggal paper B dan C…. aper pun tahun depan cuba lagi……

  • mat

    Hafez.. Wa kantoi lagi la paper 5102A tu. Dah 5 kali ambik…n dah lebih 3 tahun dah. Camne nak jawab tu..? Sian la kat wa ni

  • san

    camne nak jawb ni…

  • mail kering

    Wa tak lulus-lulus jugak.. jwb dah 8 soalan dah….hu hu

  • Aimarhazreeq

    ape lagi nak tulis…. dh jawab dh ikut cara nak jawab tue, tp…kandas gak. Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini…
    kali ini dah masuk 4 kali dh ambik….n thn nie last. Avoid chaos…

  • Hajah Jamilah Ahmad

    Tolonglah saya daripada lulus, tiba-tiba JPA kata keputusan yang dipaparkan sebelum ini tiba-tiba dibatalkan dan saya kandas dua paper peperiksaan undang-undang A & B. Saya jadi keliru dan down sgt. Saya ingin nak tahu cara menjawab.

  • intan zaharah saad

    macamana nak spot soalan nie, banyak bebenar,dah highlight, dah tagging lepaih tu topic yang glomournye nak difocuskan tak tahu. lagi blur sect A tu objective kan

  • Rahimah

    thanks, hafez. ni 1st time nak amik ni..
    tgk komen2 kat bawah ni..cam gerun gak nak pi menjawab pekse ni..

  • nick

    ada contoh soalan peperiksaan undang undang kerajaan bahagian 1 ( 5102A)

  • Julll

    Terima Kasih…Semoga Allah memberkati kamu…
    Wira Datang Lewat…

  • myEyes

    huhu…ni nak amik bt kali ke 2..last time kandas…bengang je bile tgk result..huhu
    rasa nye fail sbb tulisan la..jawab..mcm dah betul..hehe tp tak tau la kn..
    hope dis time…lulus la…

  • http://www.one-stopreviews.com/ Izwan

    Huhuuu… 21hb April ni saye kene amik lagi sekali..
    Ini sudah tiga kali, Jebat… (ikut sudin bujang lapuk)
    Thanks for sharing hafez, mudah2an sy berjaya kali ini.
    hohohoo…

  • Julll

    Gud Luck evrybody…10sion…Keje lg nk exam lg…Pergggh…

  • zaj

    dont 10sion2…

  • imakamen

    aku jawab 12 soalan….
    tapi gagal … fakkkkk !!!!!!!!!!!!!!!

  • Iskandar

    Harap2 tips ini akan membantu… dah nak dekat 4 tahun keje tapi tak lulus lagi ni…

  • tinazhafri

    huhu~
    sy br je amek peksa undang2 smlm..
    sy konfiden ngn jwpn sy..
    TETAPI…
    sy lupe nk tulis mcm tips no 6 tu..
    sy trus tulis :
    merujuk kepada Bab A..bla..bla..bla…
    sy x tulis pn 'Merujuk kpd Perintah2 Am, Bab A..bla..bla..bla..
    tu kna tolak ckit markah or trus KOSONG markah???
    huwaaa…matila cmtue~
    xlrt nk repeat lg maaa…

  • etee

    susah betul bhg. B dan D yang baru aku lalui pada 22 dan 23/4/09. Walau macamnapun mohon luluslah untuk ketiga-tiga paper ni.

  • iz_eisya

    exam jpa dah lpas, 21n22apr ri2, amik 2 paper, 5102A n 5102B,1st time amik, tp 5102A 2 x igt la ltak ker x cm tips no.6 2, rs2 cm jwb trus jer ikut jwpn lam buku rujukan, jwb 10sln la, tp klu x ltak cm tips no.6 2, cmna ngan mrkah, jwpn btul pun tp x ltak rjukan, dkira slh ker, mmpus la cmni…hrp2 pmriksa 2 x skema sgt la, haha..

  • shazwan

    saudara, macam mana nak dapat buku rujukan tersebut, dan apakah nama judul tersebut

  • anas5477

    boleh tak bagitau contoh buku rujukan untuk peperiksaan 5102A dan 5102B

  • asmawatiey

    kalu boleh bagi nota ringkas topik mi

  • yana

    salam hafiz..

    nak tanya la, de x contoh2 soalan lepas? lau ader, saya nak jugak ler tuk wat latihan..
    makasih

  • Anies_huda

    susah ke exam undang-undang nie… takut plak nak ambik nie…

  • ajin

    dh 3 kali amik xlepas-lepas…tension je ni…tinggal 1 paper lg untuk kompem…mmm ade tips lain x?

    perlu ke kita tulis semua ayat contohnya semua perenggan (a)-(z) die punya solution,perlukah kite jawap a-z or boleh pilih mana yang berkaitan jer?

  • izza

    sy akn exam 5102A skali lagi 4.10.2010 ni..mintak la tips yg boleh membantu sy..sy nak mula menjawab soalan tu mcmn pun tak tau..mestikah tulis..merujuk perintah am..bab c perenggan 5(2)…semasa exam lepas sy tak tulis pun ayat ni..sy terus salin jawapan kat buku…

  • Aku

    yes u kena tulis merujuk kepada blablabla tu..ramai yg x lulus sbb x tulis tu dengar2 nya

  • Winter_fasha

    saya pun exam 5102A..risau n kecut perut..susah sgt ker?nk tanya perlukah saya beli yang baru buku perintah 2 am dan arahan pentadbiran kerana saya hanya pinjam dengan kawan yang is kandunganya hingga 15hb Ogos 2007.

  • eida

    sy amik paper undang2 2x. mula2 kantoi wlaupun sy jwb 8 soalan..2nd sy cuma dpt jwb 6 soalan je..mula2 ingat gagal la yg 2nd time sbb tak jwb 10 soaln…tup2 result keluar lulus..alhmdulillah..tulisan jgn ckp lg la masa tu cantik lg cakar ayam..dah rezeki nak lulus kut..tp sy mmg masuk sekali rujukan2 yg berkaitan dgn soalan tu contohnya Buku apa? Bab apa? Subseksyen apa nak pakai utk setiap kes2 yg di soalkan tu..all the best to all of u..

  • eida

    Skrg SPRM dah tukar Suruhanjaya tidak guna BPR lagi..dah ada buku baru utk undang2 SPRM should buy or pjam kwn je kalu ada..

  • Celyn

    baik beli yang terbaru keluaran 2010..

  • Celyn

    esok dah nk ambik exam 5102 A, B, D. nie 1st time ambik. harap2 dapat buat yang terbaik esok… berdebar betul… Ya Tuhan bantula hamba mu nie..

  • ell

    huhu…esok saya pun nk amik exam ppt juga…first time ni…harap harap ok la…moga sume sume pun ok juga…insya Allah..

  • ell

    maksudnya tak jawab 10 soalan pun boleh lulus la kalau jawapan yg lain tu kuat…kan?

  • Cybersans

    belum pernah ada orang yang gagal bila repeat balik kali ke-2 kerana mereka taknak gagalkan anda lagi. pendek kata, 1st time u take the paper, memang u fail. the second one considered as lucky. kalau tak diberi lulus, u tak boleh confirm, right?

    how lucky are you. congrats.

  • nur

    peperiksaan undang-undang kerajaan (5102 A&B) nk baca buku apa yer? periksa ni masih guna buku GO tu ker? ke ada buku undang2 khas?

  • Amer

    mcm mna nk dpt contoh2 soalan thn lpas??

  • Ieeta

    thanks for your info…..saya baru nak amik periksa dlm bulan 5 nie…..

  • Dainee_fardzila

    NREVOUS ni,..my exam mggu dpn..12&13 april 2011..tp masih blur soalan GO & Pekeliling tu dlm bentuk subjective or objective?help me out..n kalau subjective for both,nak jawab sebijik ker yg dlm buku tuh..cth yer:kalau dia suh refer to…kena tulis gak eh?

  • azzam

    my exam pon on 12& 13 april ni.. tgh mcm kelam kabut.. huhu.. mana nak dpt soalan yg lepas?

  • Silvestre_ajam

    Share
    Saje share ngan u all sebab tadi baru jek lepas exam dengan harapan lulus cemerlang aminn

    1. Perintah Am Bab Cuti – Cuti sakit barah , kusta dan Tibi apakah ulasan anda

    2. Perintah Am Bab B Elaun – Apakah elaun yang layak bagi Pegawai yang bertugas di luar pejabat dalam anggaran 3 bulan

    3. Arahan Keselamatan – Apa itu sampul satu lapis , sampul dua lapis dan peti kunci

    4. Buku PKPA Penandaarasa 8 langkah

    5. MPK huraikan istilah dan faedah 5 perkara tu carta alir , objektif , proses kerja dll

    6. Stok penyimpanan – yang ni umi tak jawab sebab confius samada stok penyimpanan bahagian pengurusan aset atau pengurusan alat pejabat ( stor ) confius arr

    7. Peningkatan prestasi – yang ni umi mmg tak tagging so x jawab la…

    8. Verifikasi Stor

    So far memang kena baca sbb kita nak igt tagging yang berjuta-juta lemon :) Doakan yer umi lulus pasni tahun depan nak amik exam 5102B pula … Good Luck you all . Sebelum tu jangan lupe bawak buku yang memang hak anda , yang memang anda beli untuk Perintah Am dan kena familiarkan dengan tagging tu semua. Pastu pijam siap kat opis Arahan Keselamatan. Just nak nasihatkan

  • Dainee_fardzila

    me too..i try search at jpa website..but x jumpe gak..troublesome ni..kpla haywire ni.

  • Cekodok182

    hua hua hua next week nk exam buku blum sempat tgk keje bertimbun
    adussss

  • qiqi

    sy pny exam pn 12 april nie… selalunya kalo gred 27 dan keatas subjektif… 27 ke bawah objektif…

  • Hana_whitedesauze

    mmg gred 27 n ke atas subjektif..kena jwb 10 soalan dr 14 soalan klo xsilap la..

  • miss_harm

    test jugak 12 nie…apuuuuu……tak ready lagi

  • Rnmushroom

    same la kita…harap2 dpt jawab gak..

  • Adie Ashraf

    x dak contoh soalan ke?

  • Royanita98

    sama lah kita…

  • miss_harm

    saya pun takde……tanye siapa yg dah lulus jer awak

  • miss_harm

    kat ner???dah ready ker awak

  • fara

    saya pun ade exam besok n rabu…
    tips saya tahu mmg kena jawab macam ni….mengikut arahan perbendaharaan / perintah am/………, Bab…., muka surat….., perenggan….menyatakan bahawa…..

    biasanya soalan lebih kurang sama je dgn tahun2 lepas…

    Perintah Am Bab Cuti – Cuti sakit barah , kusta dan Tibi apakah ulasan anda

    2. Perintah Am Bab B Elaun – Apakah elaun yang layak bagi Pegawai yang bertugas di luar pejabat dalam anggaran 3 bulan

    3. Arahan Keselamatan – Apa itu sampul satu lapis , sampul dua lapis dan peti kunci

    4. Buku PKPA Penandaarasa 8 langkah

    5. MPK huraikan istilah dan faedah 5 perkara tu carta alir , objektif , proses kerja dll

    soalan ni sama dengan 2010..

  • Faralisa_zara

    kertas 1 ade 2 seksyen….setiap seksyen kn jawab 5 soalan dari 7…so total 10
    kertas 2 ade 14 soalan….kena jawab 10 soalan…

    subjektif semua

  • miss_harm

    tadi dapat jawab 7 soalan drpd 14…huhuhuhu….teruk rasa down ni….huhuhuhu….tetiba jer blur 45min yg pertama

  • http://profiles.google.com/adie.ashraf Adie Ashraf

    dah selesai… tgu keputusan jer lah…. soalan pun leh bawa balik td….

  • Stryker01

    Adoii.. aku xtulis pun ayat ”
    Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……” time mula menjawab 2. terus je main tulis isi penting. camne eh.

  • Stryker01

    utk gred 27 die bg 8 soalan. kne jwb 5. dlm masa 3jam. smlm dh bes 2 paper. G.O n Akta keselamatan. sok last paper undang-undang.

  • http://profiles.google.com/adie.ashraf Adie Ashraf

    en. stryker silap kot…. kalau 5 soalan 3 jam best lah…. gred 27 ke atas 14 soalan jawab 10 dalam 3 jam…