Browse By

Tips Memulakan Tugas Di Tempat Baru

Istilah penempatan bukanlah perkara baru bagi penjawat awam. Penempatan bermaksud anda ditempatkan atau diarahkan untuk bertugas di sesuatu jabatan atau agensi kerajaan yang telah ditetapkan melalui surat arahan penempatan yang dikeluarkan oleh JPA. Kebiasaannya penempatan merujuk kepada penjawat awam yang baru saja dilantik, mendapat kenaikan pangkat atau bertukar. JPA telah mengkhususkan pegawai-pegawainya untuk menguruskan setiap skim perkhidmatan dan gred jawatan gunasama. Jadi, setiap pengambilan pegawai baru, pertukaran, atau kenaikan pangkat akan diuruskan oleh pegawai-pegawai ini disamping pegawai yang berada di jabatan atau agensi di mana anda ditempatkan.


Untuk memulakan tugas di tempat baru bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda masih mentah baru dalam perkhidmatan kerajaan. Budaya kerja dan kerenah rakan sekerja serta bebanan kerja antara perkara yang perlu ditangani dan diuruskan dengan baik. Semakin cepat anda menyesuaikan diri, maka semakin mudahlah anda melaksanakan tugas yang diamanahkan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memulakan tugas di tempat baru.

1. Sentiasa senyum dan beri salam kepada semua orang.
2. Jangan memencil diri, sertai rakan sekerja dalam setiap aktiviti.
3. Jangan terlalu pasif atau terlalu dominan sewaktu berbual.
4. Hormati rakan sekerja walaupun jawatan mereka lebih rendah daripada anda.
5. Jangan memilih rakan, cuba berbaik dengan semua orang.
6. Jika rakan sekerja anda memberi tunjuk ajar, berikan perhatian walaupun anda sudah tahu perkara tersebut.
7. Jika terdapat konflik di tempat kerja, cuba elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak.
8. Tunjukkan sifat rajin agar anda lebih senangi oleh rakan-rakan sekerja.
9. Bertanya jika tidak tahu, jangan jadi bodoh sombong.
10. Jaga penampilan diri dan pertuturan.

Semoga tips-tips ini membantu anda untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru. SELAMAT BERTUGAS!

zp8497586rq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...