Browse By

Tips Jimat Air Di Rumah

Bil! bil! bil! hampir setiap bulan ada sahaja bil yang perlu di jelaskan. Bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro dan pelbagai lagi bil clinton yang akan dihantar ke rumah kita setiap bulan tanpa gagal.

Untuk entri kali ini, saya tidaklah ingin menceritakan mengenai jenis bil yang selalu kita terima. Tetapi saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mengurangkan bil air. Ya air, walaupun mungkin bil air rumah anda tidaklah setinggi mana atau terlalu membebankan, tetapi sekiranya anda mampu berjimat dalam penggunaan air seharian tentunya lebihan wang tersebut dapat digunakan untuk kegunaan lain yang lebih bermanfaat.

Seharusnya kita bersyukur kerana di Malaysia, masalah bekalan air bukan menjadi masalah yang besar kerana negara kita mempunyai banyak punca dan bekalan air yang mencukupi. Tips ini sekurang-kurangnya mampu mencegah daripada berlakunya pembaziran yang sering menjadi amalan rakyat Malaysia.

Tandas
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Bilik Mandi
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.

5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Sinki
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.

8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

Taman
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

Dapur
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir

22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Garaj
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

Cara-cara lain
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.

26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Sumber: Fomca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://amplemoney.blogspot.com soleh

    Salam,

    Yup, Semakin panjang salur getah, semakin bnyk air digunakan dan penapisan air di pada meter air juga akan meningkatkan bil air kerana kitaran laluan air yg bertambah.
    -Thanks Hafez for the info-

    soleh’s last blog post..Keys No 1 Google Search Engine

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Terima kasih Soleh kerana begitu aktif memberi komen di sini. 😀

  • http://aktivitionline.blogspot.com ambe

    Tips ini memang berguna untuk penjimatan air. Akan tetapi tidak semua dalam senarai ini praktikal. Anyway, thanks for this info 🙂

    ambe’s last blog post..Pakatan Rakyat akan memperoleh majoriti mudah Parlimen?