Filed Under (Pelaburan) by hafez on 01-08-2008
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu. Rumah merupakan aset atau pelaburan jangka panjang yang paling menguntungkan kerana nilainya meningkat hampir saban tahun. Namun, disebabkan harga sesebuah rumah itu mencapai angka ribuan ringgit maka tidak ramai yang mampu membelinya secara tunai kecuali anda adalah seorang JUTAWAN. Jadi alternatif paling mudah, mee segera dan popular untuk membeli rumah adalah dengan membuat pinjaman perumahan.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Pelbagai Tips) by hafez on 04-03-2008
Bil! bil! bil! hampir setiap bulan ada sahaja bil yang perlu di jelaskan. Bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro dan pelbagai lagi bil clinton yang akan dihantar ke rumah kita setiap bulan tanpa gagal.
Untuk entri kali ini, saya tidaklah ingin menceritakan mengenai jenis bil yang selalu kita terima. Tetapi saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mengurangkan bil air. Ya air, walaupun mungkin bil air rumah anda tidaklah setinggi mana atau terlalu membebankan, tetapi sekiranya anda mampu berjimat dalam penggunaan air seharian tentunya lebihan wang tersebut dapat digunakan untuk kegunaan lain yang lebih bermanfaat.
Seharusnya kita bersyukur kerana di Malaysia, masalah bekalan air bukan menjadi masalah yang besar kerana negara kita mempunyai banyak punca dan bekalan air yang mencukupi. Tips ini sekurang-kurangnya mampu mencegah daripada berlakunya pembaziran yang sering menjadi amalan rakyat Malaysia.
Read the rest of this entry »