Gabra Nak Kahwin
Filed Under (Buku) by hafez on 07-07-2008
Tagged Under : akad, ebook, kahwin, rahsia mudah akad nikah
“Kereta dah ada, rumah dah ada, duit simpanan dah cukup, calon pun dah ada, apa yang kamu tunggu lagi Abu?? Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang…” nasihat Kasim kepada sahabat baiknya.
Dialog di atas antara dialog yang paling biasa kita dengar. Kini, ramai sebenarnya lelaki bujang yang sudah memiliki hampir semua keperluan untuk berumah tangga, tetapi masih ramai yang tidak berani untuk melangkah ke alam rumah tangga. Pelbagai alasan yang diberi termasuklah sibuk dengan urusan kerja, hendak membantu ibu bapa dan adik-adik, belum bersedia, belum jumpa calon yang sesuai dan bermacam-macam lagi. Ada juga sesetengahnya tidak sanggup untuk berhadapan dengan jurunikah dan dikerumuni oleh sanak saudara dan rakan-rakan sewaktu berlangsungnya upacara akad nikah kerana takut gugup.
Read the rest of this entry »






