Caj 1 Peratus Sahaja

Filed Under (Pengurusan Kewangan) by hafez on 14-08-2008

Tagged Under : , ,

Alhamdulillah! isu caj keterlaluan yang dikenakan oleh PTPTN selama ini telah berjaya diambil tindakan sewajarnya. Penurunan kadar caj daripada tiga peratus kepada satu peratus yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun lalu adalah satu kadar yang memadai dan tidak terlalu membebankan. Mungkin kadar caj baru ini bolehlah dianggap sebagai upah kepada pengurusan PTPTN dalam memberi perkhidmatan kemudahan pinjaman pelajaran kepada semua pelajar-pelajar IPT di negara ini.

Caj perkhidmatan PTPTN turun kepada 1 peratus
13/08/2008 4:29pm

PUTRAJAYA 13 Ogos - Kadar caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diturunkan kepada satu peratus berbanding tiga peratus sebelum ini, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini. - Utusan

Konsep Upah PTPTN

Filed Under (Pengurusan Kewangan) by hafez on 29-07-2008

Tagged Under : , , ,

Konsep: upah = kos pengurusan + pinjaman

Ini mungkin satu berita baik bagi peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN), Majlis Fatwa baru-baru ini memutuskan bahawa caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan sebelum ini akan digantikan kepada konsep upah. Sejauh mana konsep upah ini dapat membantu mengurangkan bebanan pinjaman pelajar, kita akan lihat sebaik sahaja pengumuman kadar bayaran baru dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi tidak lama lagi.

Memandangkan saya juga antara sebilangan peminjam setia PTPTN, berita seperti ini amat melegakan. InsyaAllah, misi untuk bebas daripada hutang mungkin akan lebih cepat dicapai. :D
Read the rest of this entry »