Untuk disahkan sebagai Penjawat Awam (gunasama terutamanya) tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2004. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam Surat Pekeliling itu adalah seperti berikut:

Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.

Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post