Nota Jutawan Nota Motivasi
Filed Under (Buku) by hafez on 30-01-2008
Tagged Under : irfan khairi, jutawan internet, nota motivasi
Baru-baru ini Dr. Irfan Khairi telah menerbitkan sebuah lagi buku yang bakal laris di pasaran bertajuk Nota Jutawan Nota Motivasi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Menurut beliau, buku ini mengandungi pelbagai info dan tips motivasi jutawan yang ditulis dalam bentuk nota supaya kelihatan lebih menarik, mudah untuk dibaca dan difahami pembaca. Saya sudah membuat tempahan buku ini secara online, dan sedang menunggu penghantarannya. Jika berminat, anda boleh dapatkan buku ini yang berharga RM39.90 menerusi blog beliau atau di MPH.







