Lafaz Yang Memilukan

Filed Under (Motivasi) by hafez on 11-07-2008

Tagged Under : , ,

Nora Danish

Bukan sekali, bukan dua kali, malah sudah berpuluh-puluh kali kita mendengar kisah-kisah penceraian artis sama ada di tanahair kita mahu pun di luar negara. Kita juga sudah tidak lagi merasa terkejut malah mampu tersenyum sinis sebaik terbaca berita-berita penceraian ini di dada-dada akhbar. Adakah ini salah satu kaedah publisiti berkos rendah? Atau suatu trend baru? Trend janda dan duda berhias di alaf baru?

Read the rest of this entry »

Gabra Nak Kahwin

Filed Under (Buku) by hafez on 07-07-2008

Tagged Under : , , ,

“Kereta dah ada, rumah dah ada, duit simpanan dah cukup, calon pun dah ada, apa yang kamu tunggu lagi Abu?? Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang…” nasihat Kasim kepada sahabat baiknya.


Dialog di atas antara dialog yang paling biasa kita dengar. Kini, ramai sebenarnya lelaki bujang yang sudah memiliki hampir semua keperluan untuk berumah tangga, tetapi masih ramai yang tidak berani untuk melangkah ke alam rumah tangga. Pelbagai alasan yang diberi termasuklah sibuk dengan urusan kerja, hendak membantu ibu bapa dan adik-adik, belum bersedia, belum jumpa calon yang sesuai dan bermacam-macam lagi. Ada juga sesetengahnya tidak sanggup untuk berhadapan dengan jurunikah dan dikerumuni oleh sanak saudara dan rakan-rakan sewaktu berlangsungnya upacara akad nikah kerana takut gugup.


Read the rest of this entry »

20 Alasan Untuk Terus Membujang

Filed Under (Uncategorized) by hafez on 05-02-2008

Tagged Under : ,

Jika perkara kahwin itu semudah dan semurah membeli barangan di pasar malam sudah tentu peratusan bujang di negara ini tidak tinggi atau mungkin tidak timbul. Bagi anda yang sedang membujang ketika ini tentunya sudah lali dengan soalan-soalan killer seperti ini:

Bila lagi nak merasa makan nasi minyak ni?…”
Takkan nak hidup sorang jer kot?…”
Calon dah ada ke?…”

Read the rest of this entry »