Kronologi Harga Minyak Petrol Malaysia - Siri 2

Filed Under (Ekonomi) by hafez on 05-09-2008

Tagged Under : ,

Pada 8 Jun lalu saya ada membuat satu post mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Saya mempersoalkan setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian. Namun kini, apa yang berlaku harga minyak di Malaysia telah mengalami penurunan yang selama ini tidak pernah terjadi dalam tempoh lebih kurang 9 tahun. Apa komen anda? Read the rest of this entry »

Kronologi Harga Minyak Petrol Malaysia

Filed Under (Ekonomi, Isu Panas) by hafez on 08-06-2008

Tagged Under : ,

Saya tertarik dengan emel yang saya terima baru-baru ini mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri mengenai kronologi ini, namun bagi saya kenaikan harga petrol ini sesuatu yang lumrah cuma soalnya setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian.

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)


 

Minyak Soya Vs. Minyak Sawit

Filed Under (Saham) by hafez on 18-02-2008

Tagged Under : , ,

Peperangan harga kini kian sengit di antara pelabur-pelabur di bursa saham Malaysia, sebarang spekulasi yang kuat bakal mencetuskan perubahan yang besar.

Bursa saham tempatan tidak menentu minggu ini

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka tidak menentu minggu ini kerana pelabur-pelabur dijangka meneliti beberapa faktor negatif, khususnya keadaan ekonomi di Amerika Syarikat (AS). Read the rest of this entry »

Kelebihan dan Kekurangan Unit Amanah

Filed Under (Pelaburan) by admin on 15-09-2007

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kelebihan melabur dalam unit amanah:Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera - wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.

Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Read the rest of this entry »