Contoh Soalan Temuduga PTM F41

Bermula daripada 3 hingga 18 September ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan sesi temuduga untuk calon-calon Pegawai Teknologi Maklumat (PTM). Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya disenarai pendek oleh SPA untuk temuduga ini.

Tidak mudah sebenarnya untuk layak dipanggil menghadiri temuduga seperti ini kerana bilangan calon yang memohon adalah terlalu ramai berbanding kekosongan jawatan yang ditawarkan. Jika anda pernah memohon sebelum ini, anda boleh semak status permohonan anda di sini. Pengambilan ini adalah untuk mengisi beberapa kekosongan gred F41 selepas berlakunya pengstrukturan semula (re-org) hampir di setiap agensi Kerajaan. Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post

Contoh Soalan Temuduga PPTM

Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.

Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.
Read the rest of this entry »

Post to Twitter Tweet This Post