Lagu “Itu Kamu” memenangi Anugerah Juara Lagu ke 22? Setahu saya lagu ini cuma berada di bonus track sahaja dalam album In Hating Memory (versi repackage), dan merupakan salah satu daripada dua lagu berbahasa Melayu yang digubah dan dinyanyikan sendiri oleh Estranged. Tak sangka band baru seperti ini boleh mengalahkan finalist AJL lain yang berpengalaman. Mungkin kerana pernah memenangi Anugerah ERA 2006 dahulu kot (kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan) atau kerana vocalistnya Rich AF4, punya ramai peminat yang setia..hehehe. Apa pun kemenangan band ini membuktikan kesungguhan mereka untuk terus bersaing dalam event yang dikatakan penuh berprestij dan mendapat hits tertinggi. Berikut adalah senarai pemenang AJL 22:
Continue reading ‘Kenapa Estranged?’
