Jom Pi Joomla! Day 2008

Filed Under (Uncategorized) by hafez on 22-07-2008

Tagged Under : , ,

Joomla! Day 2008


Kini hari yang ditunggu-tunggu oleh pengemar dan peminat setia CMS Joomla! telah pun hampir tiba. Joomla! Day Malaysia 2008 akan diadakan pada 2 Ogos 2008 ini bertempat di Hotel Cititel, MidValley, Kuala Lumpur. Paling menarik event ini akan dihadiri oleh pakar-pakar Joomla berpengalaman seperti Mr. Toby Patterson (Joomla.org), En. Azrul (azrul.com) dan Mr. Lee Cher Yeong (mosets.com). Pasti banyak ilmu yang akan dikongsikan dalam pembentangan mereka nanti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana Joomla disetup dalam masa 5 minit dan dapat dijalankan tanpa web server.

Website Rasmi: http://www.joomla-day.org.my/2008/

P/s: Berita buruk, pendaftaran baru sahaja tamat sebentar tadi (21/07/2008 16:00). Berita baik, saya sempat mendaftar. :D

Selamat Tahun Baru!

Filed Under (Uncategorized) by admin on 30-12-2007

Tagged Under : , , , , , , , ,

Image Hosting by Picoodle.com

Apa khabar semua? sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung tahun 2007. Begitu cepat masa berlalu, seiring dengan usia kita yang semakin hari semakin meningkat. Tahun 2007 telah merakamkan pelbagai kisah suka dan duka, manis dan pahit. Daripada pengalaman itu, saya pasti kita kini kian matang baik daripada segi pemikiran mahu pun tindakan.

Seperti mana biasa, setiap kali berada di penghujung tahun kita akan cuba untuk mengukir dan menanam benih azam yang akan direalisasikan pada tahun depan. Segelintir daripada kita masih berusaha mencapai azam yang belum sempat dilaksanakan pada tahun ini. Apa pun, pokoknya kita punya azam dan matlamat untuk diberi tumpuan. 2008 merupakan tahun yang menjanjikan cabaran yang lebih besar, oleh itu persiapan dan perancangan yang teliti perlu disediakan. Saya sendiri dalam usaha memantapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi arus gelombang 2008, saya pasti anda juga begitu.

InsyaAllah, mulai tahun depan saya akan cuba memberi pengisian yang lebih bermakna di dalam blog ini dengan isi dan infomasi yang menarik. Harapan saya agar anda dapat memberi sokongan dan respon yang berterusan, dan saya doakan semoga 2008 menjadi tahun yang begitu bermakna untuk diri kita semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru!

- Mohd Hafez

www.mohdhafez.net

Jadual Peperiksaan PTK 2008

Filed Under (Penilaian Tahap Kecekapan) by admin on 05-12-2007

Tagged Under : , , , , , ,

NAMA PEPERIKSAAN

BILANGAN/ TARIKH PEPERIKSAAN

  KEKERAPAN

  PEPERIKSAAN

KOD

  PEPERIKSAAN

BAHAGIAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  DAN BIL NAMA PEPERIKSAAN BILANGAN/ TARIKH PEPERIKSAAN

TARIKH TUTUP

  PERM OHONAN

  WAKTU PEJABAT

TARIKH

  PEPERIKSAAN

MASA

TK1 – F29

SIRI PERTAMA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 04.01.2008 (Jumaat) 18.02.2008 (Isnin) 9.30 – 10.30

  11.00 – 12.00

SIRI KEDUA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 28.03.2008 (Jumaat) 14.05.2008 (Rabu)

SIRI KETIGA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 04.07.2008 (Jumaat) 18.08.2008 (Isnin)

SIRI KEEMPAT

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 26.09.2008 (Jumaat) 17.11.2008 (Isnin)

TK2 – F29

SIRI PERTAMA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 04.01.2008 (Jumaat) 19.02.2008 (Selasa) 9.30 – 10.30

  11.00 – 12.00

SIRI KEDUA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 28.03.2008 (Jumaat) 15.05.2008 (Khamis)

SIRI KETIGA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 04.07.2008 (Jumaat) 19.08.2008 (Selasa)

SIRI KEEMPAT

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 26.09.2008 (Jumaat) 18.11.2008 (Selasa)

TK3 – F32

SIRI PERTAMA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 04.01.2008 (Jumaat) 20.02.2008(Rabu)/21.02.2008(Khamis) 9.30 – 10.30

  11.00 – 12.00

SIRI KEDUA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 28.03.2008 (Jumaat) 21.05.2008(Rabu)/22.05.2008(Khamis)

SIRI KETIGA

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 04.07.2008 (Jumaat) 20.08.2008(Rabu)/21.08.2008(Khamis)

SIRI KEEMPAT

1400A/1400B BAHAGIAN I/II – UMUM/KHUSUS 26.09.2008 (Jumaat) 19.11.2008(Rabu)/20.11.2008(Khamis)

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam