Browse By

Selamat Tahun Baru!

Image Hosting by Picoodle.com

Apa khabar semua? sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung tahun 2007. Begitu cepat masa berlalu, seiring dengan usia kita yang semakin hari semakin meningkat. Tahun 2007 telah merakamkan pelbagai kisah suka dan duka, manis dan pahit. Daripada pengalaman itu, saya pasti kita kini kian matang baik daripada segi pemikiran mahu pun tindakan.

Seperti mana biasa, setiap kali berada di penghujung tahun kita akan cuba untuk mengukir dan menanam benih azam yang akan direalisasikan pada tahun depan. Segelintir daripada kita masih berusaha mencapai azam yang belum sempat dilaksanakan pada tahun ini. Apa pun, pokoknya kita punya azam dan matlamat untuk diberi tumpuan. 2008 merupakan tahun yang menjanjikan cabaran yang lebih besar, oleh itu persiapan dan perancangan yang teliti perlu disediakan. Saya sendiri dalam usaha memantapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi arus gelombang 2008, saya pasti anda juga begitu.

InsyaAllah, mulai tahun depan saya akan cuba memberi pengisian yang lebih bermakna di dalam blog ini dengan isi dan infomasi yang menarik. Harapan saya agar anda dapat memberi sokongan dan respon yang berterusan, dan saya doakan semoga 2008 menjadi tahun yang begitu bermakna untuk diri kita semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru!

– Mohd Hafez

www.mohdhafez.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Selamat tahun baru 2008 kepada anda juga.. Semoga tahun baru ini memberikan seribu makna kepada anda..

  • admin

    Selamat tahun baru Paypal2u! Terima kasih kerana melawati blog saya.