Browse By

Sejarah Islam dan Muzik

Image Hosting by Picoodle.com
Esok kita akan menyambut kedatangan tahun baru Islam – 1 Muharram 1429 Hijrah. Seperti mana sambutan tahun baru pada 1 Januari lalu, sambutan tahun baru mengikut kalendar Islam ini seharusnya lebih meriah memandangkan penduduk negara ini majoritinya adalah beragama Islam. Mungkin tanpa pertunjukkan bunga api, konsert-konsert artis popular atau pesta jualan penghabisan stok kemeriahannya tidak begitu dirasakan.

Sempena kedatangan hari yang mulia ini, saya ingin sekali mengajak anda dan diri saya untuk mengenang kisah-kisah perjuangan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat untuk dijadikan sumber inspirasi dan panduan dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini. Sejarah pasti akan berulang, bezanya dalam keadaan atau situasi yang berlainan, apa yang kita hadapi hari ini secara tidak sedar sebenarnya telah pun terjadi suatu ketika dahulu dan tidak mustahil akan berulang kembali di masa depan.

Saya percaya tidak ramai di antara kita yang mahu menyelak kembali helaian buku-buku sejarah Islam yang selalunya tebal dan agak membosankan kerana penggunaan bahasa dan struktur ayat yang tidak begitu santai untuk dibaca. Biasanya buku-buku sebegini hanya digunakan untuk menghadapi peperiksaan sahaja sebelum disimpan menunggu lapuk. Itulah realiti sebenarnya jika kita bukan seorang pengemar sejarah.

Namun, masih terdapat alternatif lain untuk menghayati sejarah Islam antaranya menerusi lirik. Lirik lagu terutama lirik berunsurkan dakwah pada asasnya mengandungi mesej untuk disampaikan kepada pendengar. Dengan iringan muzik, seseorang itu pasti dapat mengingati dan menghayati lirik yang dinyanyikan disamping terhibur. Secara peribadi saya fikir elemen muzik merupakan satu bentuk penyampaian dakwah yang sangat berkesan pada hari ini untuk diterapkan kepada golongan yang tidak menyukai sejarah.

Cuba kita lihat lirik lagu Awal Muharram berikut, walaupun ringkas tetapi secara mudah kita dapat memahami apakah peristiwa Awal Muharram. Paling tidak, sekurang-kurangnya lirik ini memberi semangat untuk kita meraikan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x

p/s: Jangan lupa membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada hari ini yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Kepada semua muslimin dan muslimat, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram . Semoga tahun baru hijrah ini akan merubah diri anda dari keadaan baik kepada yang lebih baik.

  • admin

    InsyaAllah!