Browse By

Rentapan 14 Lagu Dalam AJL 22

Malam ini kita akan menyaksikan finalist AJL mempersembahkan lagu masing-masing. Segala kontroversi akan terjawab, dan saya pasti anda tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat artis-artis pujaan anda bertarung. Malangnya saya mungkin tidak dapat menyaksikan AJL kali ini kerana ada tugas yang perlu disiapkan. Tentu banyak perkara menarik yang dapat anda saksikan atau mungkin anda tidak berpuas hati tentang keputusan malam ini, silalah nyatakan di sini.

Berikut adalah senarai finalist AJL ke 22 mengikut kategori:

Kategori: Etnik Kreatif
1. Samudera (Nora). Komposer: Johan Nawawi | Lirik: Ahmad Fedtri Yahya.
2. Kasihnya Balkis (Aishah). Komposer: Adnan Abu Hassan | Lirik: Mohariz Yaakup.
3. Dirgahayu (Ramlah Ram). Komposer: Eddie Hamid | Lirik: Hairul Anuar Harun.

Kategori: Balada
4. Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad). Komposer: Ross Ariffin | Lirik: Habsah Hassan.
5. Kasih Tercipta (Ajai). Komposer: Ajai | Lirik: Shuhaimi Baba.
6. Izinku Pergi (Sahri). Komposer: Azlan Abu Hassan | Lirik: Sulu Sarawak.
7. Mahakarya Cinta (Fiq). Komposer: Audi Mok | Lirik: Shah Shamshiri. <— Go Go Fiq!
8. Harapan (Fazli Zainal). Komposer & Lirik: Hazami.

Kategori: Pop/Rock
9. Farhana, Puteri Bumi Kenyalang (Jinbara). Komposer: Denai | Lirik: Andy Rahman dan RD Razi.
10. Janjiku (Sofaz). Komposer & Lirik: Taja & Tass.
11. Sembunyi (Misha & Andy). Komposer: Aidit Alfian | Lirik: Loloq.
12. Itu Kamu (Estranged). Komposer: Estranged | Lirik: Richael Lawrence.
13. Angan Dan Sedar (Mawi). Komposer: M. Nasir | Lirik: Loloq.
14. Destinasi Cinta (Datuk Siti Nurhaliza). Komposer: Lin Li Zhen | Lirik: PSNN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...