Browse By

Rahsia Kegelapan

Ramai yang mengaitkan kegelapan dengan sesuatu keburukan atau kejahatan. Disebabkan itu sering kali kita menjadi takut dan cuba untuk mengelak daripada berada dalam kegelapan. Tetapi tahukah anda, kegelapan sebenarnya secara tidak sedar turut memberi kebaikan kepada kesihatan kita. Saya tidak merujuk kepada zaman kegelapan yer, apa yang saya maksudkan di sini adalah kegelapan malam semulajadi. Dr. Ariffaizal dalam blognya ada menjelaskan secara saintifik fungsi kegelapan untuk manusia.


Resonan Sinar

Sinar ialah tenaga yang diperlukan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary setiap hari untuk membantu merembeskan hormon-hormon yang penting untuk keperluan tenaga dan keseimbangan tubuh. Cahaya sinar berfrekuensi amat rendah iaitu di bawah 400 nanometer atau bawah 2 Hertz. Sewaktu tubuh berada dalam keadaan penyelaraan sel dan neuron, serta ketika ketika tubuh dalam keadaan rehat dan keteika tubuh sedang melakukan sesuatu rawatan seperti kecederaan, luka, kepatahan, kematian sel-sel dorman dan sebagainya, maka Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary akan menjalankan fungsinya. Ketika itu, keperluan sinar amat mendesak.

Berikut ialah kaedah resonan untuk mendapatkan sinar;

Tidur dalam kegelapan.

Otak akan berada dalam keadaan yang resonan dengan sinar apabila berada tahap keaktifannya berada pada gembang delta. Tahap delta hanya boleh dicapai apabila kita dapat tidur dalam keadaan yang lena. Maklumat lanjut mengenai tidur delta telah ditulis dalam blog ini dalam post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan
Mereka yang mengamalkan tidur dalam cahaya terang akan mudah menjadi pelupa dan apabila meningkat umur, akan timbul simptom seperti amnesia (nyanyuk).

Mandi ais dalam keadaan gelap atau mandi malam.

Dalam air yang sejuk dan ais mempunyai banyak elektron atau ion-ion negatif terdapat getaran sinar. Getaran sinar ini hanya akan diperolehi dengan resonan apabila kita mandi dalam keadaan gelap terutamanya ketika waktu malam.

Amalan yang tidak menyihatkan ialah seseorang itu mendedahkan dirinya kepada angin yang kencang atau di bawah kipas yang berpusing kencang setelah mandi, lebih-lebih lagi sekiranya tubuh tidak dikeringkan atau tidak mengenakan pakaian setelah mandi malam. Mandi air yang sejuk akan mewujudkan thermodinamik atau pemendaman haba, tetapi angin akan menyebabkan haba tubuh terbebas berserta hidrasi. Alternatif terbaik ialah tidur berselimut dalam bilik yang dipadamkan lampu dan berhawa dingin sejurus selepas mandi malam.

Balutan dengan kain Cotton (kain kapas).

Kain kapas adalah pengalir elektron yang terbaik. Membuat balutan terhadap luka, bengkak atau sesuatu kecederaan sehingga mewujudkan kegelapan akan menjadikan pembinaan tisu-tisu baru di bahagian yang tercedera jauh lebih cepat walaupun pada waktu siang. Dalam kegelapan balutan, hanya sinar yang akan menembusi balutan dan mempertengakan sel.

Berada dalam bilik gelap selama 30 minit untuk pesakit migrain.

Getaran sinar amat menghampiri dengan getaran bahagian otak Hipothalamus (NW3) yang menyamai dengan warna pink. Sinar boleh mempertanagakan organ-organ di bahagian bawahan terutamanya Hipothalamus. Mereka yang diserang mingrain apabila masuk ke bilik yang gelap akan hilang serangan tersebut dalam tempoh kira-kira 30 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • fieqah

    no comment…
    bleh b’kenln?