Browse By

MyEmail Adalah Hotmail

myemail.my

Salam semua,

Akhirnya saya telah berjaya mendapatkan emel 1Malaysia yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Walaupun perkhidmatan emel ini masih dalam fasa Beta atau percubaan, namun kini saya sudah boleh menerima atau menghantar emel menggunakan domain @myemail.my.

Proses pendaftaran akaun emel baru agak mudah dan ringkas kerana antaramukanya bercirikan Web 2.0 yang menarik. Anda diwajibkan menggunakan nama penuh mengikut nama dalam kad pengenalan. Setiap pendaftaran akaun emel ini kemudiannya akan disahkan dengan maklumat anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apabila pendaftaran sudah berjaya anda boleh terus log masuk dan seterusnya akan dibawa ke akaun bank Hotmail yang berbayar. ūüėÄ

myemail.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...