Browse By

Minyak Soya Vs. Minyak Sawit

Peperangan harga kini kian sengit di antara pelabur-pelabur di bursa saham Malaysia, sebarang spekulasi yang kuat bakal mencetuskan perubahan yang besar.

Bursa saham tempatan tidak menentu minggu ini

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka tidak menentu minggu ini kerana pelabur-pelabur dijangka meneliti beberapa faktor negatif, khususnya keadaan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

“Pelabur-pelabur akan terus berhati-hati dan sentimen tempatan tidak cukup teguh untuk mengatasi isu-isu luaran,” kata Ketua Penyelidikan Pelaburan OSK Investment Research, Kenny Yee.

Pelabur-pelabur dijangka mengambil isyarat daripada data pengeluaran industri AS bagi Januari yang diumumkan pada Jumaat serta perangkaan inflasi dan perumahan yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Research, Anthony Dass berkata, meskipun pilihan raya akan datang mungkin mencetuskan sedikit lajakan, namun risiko menurun dalam bursa tempatan tetap tinggi.

“Pandangan kami adalah pasaran mungkin bergerak mendatar dengan sedikit lantunan teknikal namun tetap berisiko menurun,” tegasnya.

Yee meramalkan halangan dan sokongan pasaran berikutnya masing-masing pada paras 1,450 dan 1,420 mata.

Dass, bagaimanapun, merasakan jika data-data dari AS itu lemah, pasaran mungkin turun ke paras antara 1,400 dan 1,390 mata.

“Jika data-data itu tidak terlalu lemah atau seperti jangkaan pasaran, IKKL (Indeks Komposit Kuala Lumpur) akan berlegar pada sekitar tahap semasa,” katanya.

Bursa Malaysia serta pasaran-pasaran utama serantau yang lain menyaksikan prestasi lemah pada Jumaat kerana sentimen terjejas berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Bernanke bahawa ekonomi AS akan menyaksikan pertumbuhan lembap, diikuti kadar pertumbuhan yang agak kukuh kemudiannya pada tahun ini apabila rangsangan monetari dan fiskal mulai mendatangkan kesan.

Beliau juga membayangkan bahawa kadar faedah mungkin diturunkan lagi.

Daripada segi dasar monetari, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan bergerak agresif dengan mengurangkan sasaran dana Persekutuan sebanyak 225 mata asas kesemuanya sejak September lepas, termasuk 125 mata asas bagi Januari sahaja.

“Penurunan sebanyak 100 mata asas lagi mungkin berlaku dalam tempoh enam bulan pertama 2008. Sekurang-kurangnya penurunan sebanyak 50 mata asas akan dibuat pada Mac,” kata Dass.

TA Securities, bagaimanapun berkata, memandangkan harga minyak mentah dan minyak kacang soya AS meningkat ke tahap tertinggi dalam sejarah, ini boleh mencetuskan tindak balas serupa bagi harga minyak sawit mentah dan merangsang peningkatan saham-saham perladangan, sekali gus mengimbangi pembetulan dalam pasaran saham tempatan.

Pasaran yang menurun juga boleh menjadi tarikan kerana itu merupakan tempoh terbaik untuk membeli saham. Mungkin ada sedikit kegiatan mencari saham murah di kaunter-kaunter berpotensi yang mengalami kejatuhan teruk.

IKKL mengakhiri dagangan minggu lepas pada 1,427.19 mata, naik 11.25 mata atau 0.79 peratus daripada 1,415.94 pada Rabu sebelumnya. Pasaran ditutup pada Khamis dan Jumaat lepas bagi perayaan Tahun Baru Cina.

Indeks Perusahaan meningkat 41.62 mata kepada 3,018.45 tetapi Indeks Kewangan turun 9.38 mata kepada 10,777.7.

Bagi siri Indeks Financial Times Stock Exchange-Bursa Malaysia (FTSE-BM), FBMEmas naik 38.1 mata daripada Rabu sebelumnya kepada 9,624.77 dan FBM30 melonjak 6.18 mata kepada 9,369.64.

FBM2BRD susut 39.42 mata kepada 6,539.39 dan FBM-MDQ turun 70.83 mata kepada 5,720.96.

Jumlah dagangan bertambah kepada 3.847 bilion pada saham bernilai RM8.442 bilion berbanding 2.217 billon saham bernilai RM5.382 bilion minggu sebelumnya.

Di Papan Utama jumlah dagangan meningkat kepada 2.351 bilion saham bernilai RM7.84 bilion berbanding 1.3 bilion saham bernilai RM5.042 bilion sebelumnya.

Papan Kedua mencatat peningkatan jumlah dagangan kepada 280.523 juta saham bernilai RM231.211 juta daripada 147.706 juta saham bernilai RM123.596 juta.

Pasaran Mesdaq menyaksikan jumlah dagangannya bertambah kepada 554.399 juta saham bernilai RM258.6 juta daripada 267.291 juta saham bernilai RM141.604 juta.

Waran opsyen belian meningkat kepada 662.08 juta saham bernilai RM84.147 juta daripada 502.97 juta saham bernilai RM74.287 juta.

Urus niaga langsung, bagaimanapun, mengecil jumlahnya kepada 78.665 juta saham bernilai RM142.015 juta daripada 113.522 juta saham bernilai RM201.102 juta.

– Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://syia.blogspot.com syia

    susah ni.. selamat la tak main saham.. nak kene perhatikan news2 sentiase

    syia’s last blog post..tengok wayang orang semayang jumaat?

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    walau pun tak main saham, tapi effect juga kepada harga barangan harian kita….

  • http://www.mybloglog.com/buzz/members/farzu86 farzu86

    Assalamualaikum en.hafez..,

    Bila kiter tengok tv..,iklan cakap”semua harga berpatutan..”..

    Tapi bila kiter pergi ke tempat jual beli contohnya pasar pagi atau kedai runcit mesti dalam hati kiter semua cakap,..”la..kenapa harga barang naik??”..,atau,..”eee….mahalnyer..dulu tak mahal macam nie pun….”

    Betul tak aper yg saya cakapkan nie….,en Hafez..??

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    kadang kala harga barang ni naik selari dengan taraf hidup kita…gaji naik harga barang pun sama naik….bagi saya, itulah kehidupan yang perlu kita lalui dan terima seadanya…..sebagai orang biasa ni, kalau nak boikot atau mengomel pun tidak mengubah apa-apa…

    ~ sekadar pandangan peribadi…