The disk cannot be written to because it is write protected. Please remove the write protection from the volume in drive \Device\Harddisk1\DR5.
Inilah masalah yang terjadi kepada thumbdrive Kingston DataTraveler 4Gb saya setelah menggunakannya pada sebuah laptop seorang kenalan yang dipenuhi virus Trojan Horse Generic9.aarx (dikesan oleh AVG v8.0). Pelbagai cara telah saya gunakan untuk cuba menghapuskan virus tersebut dan mengembalikan ruangan 4Gb itu, namun masih gagal dan mesej seperti di atas terus dipaparkan. Adakah saya akan kehilangan sebuah thumbdrive hanya disebabkan oleh seekor virus yang licik ini?
Setelah berusaha mencari penyelesaiannya menerusi Google, akhirnya saya ketemu jawapannya. Saya tidak menyangka sebuah utiliti percuma yang cuma bersaiz 136.45Kb mampu menyelamatkan thumbdrive saya yang bersaiz 4Gb itu tanpa sebarang masalah. HT203 Handy Steno Repair Tool walaupun merupakan utiliti keluaran Apacer, namun berkuasa menyelesaikan masalah thumbdrive keluaran syarikat lain seperti Kingston. Walaupun saya kehilangan semua data-data yang berada di dalam thumbdrive itu kerana utiliti ini adalah untuk tujuan format sahaja, sekurang-kurangnya thumbdrive tersebut dapat digunakan lagi.
Sekiranya anda menghadapi masalah seperti saya mungkin akibat serangan virus atau anda menanggalkan thumbdrive tanpa eject dengan betul, saya sarankan anda cuba menggunakan utiliti ini.
-
ultra09
-
ultra09
-
einz
-
bUTIT
-
Megat
-
enny
-
AFiQuE NoRDiN
-
zaz
-
teru
-
hafez
-
GhaZRocK
-
hafez
-
ksoleh