Browse By

Masa Untuk Berniaga

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk memberi peluang kepada kakitangan awam menceburkan diri dalam perniagaan secara sambilan untuk menghadapi krisis kenaikan harga. Kerajaan bersetuju untuk menambah permit peniaga kecl dan penjaja dalam usaha membantu kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Pada pandangan saya, tindakan kerajaan ini amat bertepatan dan perlu disambut baik. Ini adalah peluang bagi kakitangan awam untuk berusaha menambah pendapatan yang sedia ada daripada terus bergantung kepada gaji yang diterima setiap bulan.

Walaupun ramai daripada kita masih lagi tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak secara mendadak namun bak kata orang “hidup ini perlu diteruskan”. Adalah lebih baik kita berbuat sesuatu daripada terus menyalahkan kerajaan dan hidup dalam kesempitan. Jadi, marilah kita mula belajar berniaga sekarang dan ubah nasib hidup kita. 😀

Pinjam mudah RM50,000
Oleh Azhar Abu Samah

KUALA LUMPUR: Kakitangan awam yang ingin menjalankan perniagaan kecil secara sambilan bagi menambah pendapatan kini boleh mendapatkan pinjaman mudah sehingga RM50,000 tanpa penjamin atau cagaran daripada kerajaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata pinjaman beberapa agensi kementerian sejajar usaha menggalak rakyat, termasuk kakitangan awam berniaga sambilan untuk pendapatan tambahan.

Katanya, kakitangan awam yang layak digalakkan memohon pinjaman mudah itu menerusi Tekun Nasional, Mara, Bank Rakyat, Bank SME atau Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk berniaga dan menambah pendapatan.

“Bagaimanapun, setiap pemohon perlu mendapat kebenaran ketua jabatan masing-masing untuk berniaga sambilan,” katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini.

Pada 22 Jun lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan menambah permit peniaga kecil dan penjaja bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, termasuk kakitangan awam untuk menggalakkan mereka bekerja sambilan untuk menghadapi kenaikan harga.

Perdana Menteri berkata, langkah itu sebahagian usaha jangka panjang kerajaan untuk membantu rakyat, terutama berpendapatan rendah menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Noh berkata, kakitangan awam yang berminat boleh memohon di pejabat Mara, Tekun, Bank Rakyat, Bank SME dan PNS untuk maklumat lanjut mengenai skim pinjaman itu.

“Sebelum ini kakitangan kerajaan sukar mendapatkan pinjaman perniagaan. Jadi, kerajaan lakukan ini bagi memastikan kumpulan itu dapat dibantu untuk mengurangkan beban mereka menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Seperti juga usahawan lain, segala urusan pinjaman akan dibantu serta dipermudahkan. Semua agensi di bawah kementerian juga disyaratkan memberi alasan kukuh jika menolak sebarang permohonan,” katanya.

Noh meminta kakitangan awam merebut peluang itu bagi membaiki taraf hidup dan mengelak terlalu bergantung pada gaji.

“Keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada kakitangan awam untuk berniaga itu sedikit sebanyak membantu merealisasikan hasrat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, agensi kementerian memberi kelulusan pinjaman berjumlah RM642.47 juta kepada 5,208 peminjam mulai Januari hingga Mac lalu.

“Daripada jumlah itu, masing-masing RM92.03 juta diluluskan oleh Mara, RM29.53 juta (Tekun), RM517.97 juta (Bank SME) dan RM2.94 juta (PNS),” katanya.

Sumber: Berita Harian (23 Julai 2008)

zp8497586rq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.picable.com/photographers/ksoleh.35509 soleh

    Salam,
    9/10 rezeki adalah perniagaan, betul?Jom berniaga, insyaAllah.

    solehs last blog post..Beautiful Green Plant

  • http://kerja-sambilan-internet.page.tl Kerja Sambilan

    Yer..betul tu..
    9/10 rezeki dr perniagaan..
    tp pilih lah perniagaan yang sesuai dengan kerja yang blh dijalankan samaada secara kerja sambilan atau full time. Makluma lah zaman sekarag ramai yang minat utk kerja sambilan..hehe

    Adios,
    Kerja Sambilan

  • http://www.murukuherba.com Mohamad

    kalau tak tahu apa nak niaga, kami tawarkan perniagaan. Buat bisnes dalam bidang makanan kerana hari-hari orang akan makan. Asalkan makanan sedap orang akan beli selalu. Komisen tinggi lebih dari 50%. Tak caya hubungi saya.

  • http://www.richdad.us/bisnes-internet Bisnes Internet

    Betul tuh…pilih la perniagaan yg boleh dijalakan secara sambilan..contoh jual kain…perfume..dan sebagainya

  • mohd shahrul azlan

    macam mana cara sy nak membuat pinjaman kat sini ,sy nak buka kedai makncara peraturan yg perlu sy lakukan

  • Din1964

    salam sya nk tau mcmna nk buat pinjaman tu…sy nk buka kedai baikpulih komputer d kota kinabatngan sabah……