Browse By

Mari Menguji NanoTech

Baru-baru ini seorang kawan sepejabat recommend sebuah produk terbaru keluaran Cosway iaitu AutoMax Nanotech Fuel Enhancer. Produk ini dikatakan mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol sebanyak 25% dan diesel sebanyak 15%, disamping dapat memelihara alam sekitar ketahanan enjin. Saya belum lagi berkesempatan untuk mengujinya, namun setakat ni belum lagi kedengaran komen negatif mengenainya. Jaminan juga diberi sekiranya berlaku kerosakkan kepada enjin selepas menggunakan produk ini.

AutoMax NanoTech Fuel Enhancer

Produk ini dikatakan menggunakan teknologi Nanoteknologi. Apakah yang dimaksudkan dengan Nanoteknologi? Mengikut Wikipedia, Nanoteknologi adalah salah satu kategori sains yang memfokuskan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer. Kemungkinan dengan menggunakan teknologi Nano ini molekul-molekul minyak akan diuraikan untuk menjadi lebih kecil. Memandangkan saya bukanlah seorang pakar matematik mahu pun pakar sains, adalah lebih elok jika saya biarkan pandangan saya setakat itu sahaja.

Berbalik kepada AutoMax NFE tadi, produk yang berisi padu 120ml ini mempunyai beberapa keistimewaan antaranya:

  • Menjimatkan minyak sehingga 28%
  • Meningkatkan kuasa enjin hingga 20%
  • Menjimatkan kos penyelenggaraan
  • Melanjutkan tempoh hayat enjin
  • Mengurangkan pembebasan asap berbahaya sehingga 98%

Anda juga boleh melayari laman web H2Oil untuk mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai produk ini.

Saya akan update disini hasil pengujian produk ini setelah diuji. Sekiranya anda telah mencuba produk ini mungkin anda juga boleh kongsikan pengalaman anda. Siapa tahu dengan menggunakan produk ini, kita mampu mengurangkan kekerapan kita ke stesyen minyak dan paling penting mengurangkan kadar yang perlu kita bayar. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • DUSHUM

    bang….benda ni dah belambak….kat Cosway je………aku dah terkena sekali…..harga 30++++ depa rembat $$$$ aku 50