Browse By

Lupa Baca Niat Batal Puasa

Salam semua,

Pada suatu hari ada seorang hamba Allah ini mengadu masalahnya pada seorang ustaz,
Hamba Allah: “Saya tak boleh puasa hari ni ustaz”
Ustaz: “Eh! kenapa pula?”
Hamba Allah: “Malam tadi saya terlupa niat puasa”
Ustaz: “Awak bangun sahur tak?”
Hamba Allah: “Bangun ustaz, dua pinggan nasi goreng saya habiskan”
Ustaz: “Ouh! awak bangun sahur tu untuk apa sebenarnya?”
Hamba Allah: “Untuk berpuasalah ustaz”
Ustaz: “Hmmm… ” (sambil mengelengkan kepala)

Ada di antara kita masih tidak memahami konsep niat yang sebenar. Ramai yang menganggap niat itu adalah bacaan ayat seperti “Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan fardhu atasku kerana Allah ta’ala”. Sekiranya niat ini tidak dibaca atau disebut maka terbatallah puasa pada hari itu.

Seperti juga niat solat jika membaca contohnya “Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah taala” sedangkan pada ketika itu ingin menunaikan solat Zuhur dan hanya tersedar pada rakaat terakhir maka kita menganggap solat itu batal dan mengulanginya.

Ini merupakan tanggapan yang harus kita perbetulkan. Kita harus faham, niat atau keinginan untuk melakukan sesuatu itu datangnya daripada hati bukannya daripada sebutan ayat. Sebutan atau bacaan yang datangnya daripada mulut sering kali tersilap dan tersalah, maka kerana itu Allah melihat hati kita.

Ilmu ini saya perolehi daripada sesi tazkirah di surau pejabat pada hari semalam. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah.

p/s: Islam itu mudah, mudahnya Islam itu hanya dapat dilihat dan dirasai dengan ilmu. :D