
Ralat seperti di atas saya temui ketika ingin membuka sebuah fail Word salah seorang user di tempat saya berkerja yang bersaiz kira-kira 511Mb. Baru saya tahu bahawa saiz fail Word sebenarnya tidak boleh melebihi 32Mb. Yang peliknya fail Word ini dibenarkan disimpan di dalam saiz yang melebihi 32 Mb tetapi tidak pula boleh membukanya semula. Adakah saya yang tersilap faham??…
Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan membuka fail ini menggunakan Microsoft WordPad (Start > Accessories > WordPad). Sekiranya kapasiti memori pc anda rendah, maka proses untuk membuka semula fail ini akan mengambil masa yang agak lama dan berkemungkinan akan berlaku ‘hang’ sewaktu proses berkenaan.
P/s: Untuk pengetahuan, masalah ini tidak berlaku sekiranya anda menggunakan perisian percuma seperti Open Office.
Recent Comments