Jika anda pernah menonton movie bersiri ini pasti anda akan teringat kebolehan dan kepintaran Kyle yang luar biasa. Mungkin pernah terlintas di hati anda untuk mempunyai kelebihan seperti Kyle yang mampu belajar pelbagai perkara dengan pantas. Bagi orang hensem biasa seperti saya, kelebihan tersebut hampir mustahil untuk dimiliki. Jika tidak, tentunya saya tidak akan menulis post ini sebaliknya anda orang lain yang akan menulis mengenai saya. Antara kelebihan paling menarik yang seronok dilihat adalah cara Kyle menyelesaikan masalah matematik tahap tertinggi dengan sekelip mata sahaja seolah-olah tidak berfikir langsung. Hebat betul mamat ni!


Walaupun Kyle XY tiada pusat hanyalah salah satu kisah dongengan barat seangkatan dengan Smallville dan Heroes, namun ciri-ciri kehebatan wataknya bukanlah semuanya rekaan atau kepunyaan mutlak makhluk asing. Masih terdapat segelintir manusia di dunia ini yang mempunyai kelebihan seperti itu yang jarang kita tahu. Siapa sangka manusia-manusia hebat seperti Kyle ini sebenarnya wujud di kalangan kita.

Jika anda mengikuti Buletin Utama pada 16hb Januari lalu, ada disiarkan tentang nasib seorang kanak-kanak yang dilaporkan tidak dapat meneruskan persekolahannya kerana tidak tahan dengan sistem pendidikan Malaysia yang memaksanya belajar perkara yang terlalu mudah. Adi Putra Abdul Ghani merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai tahap kepintaran yang tinggi. Sejak berumur 4 tahun lagi, Adi Putra telah menunjukkan kepintarannya dalam menyelesaikan masalah matematik abangnya yang pada waktu itu berada dalam darjah 2.

Pada Ogos 2005, Berita Harian pernah melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai. Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak. Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka). Hingga kini Adi Putra dikatakan telah menghasilkan lebih 200 formula matematik. Menurut bapanya lagi, sebuah syarikat swasta pernah menawarkan berjuta-juta ringgit untuk membeli formula-formula tersebut.

Begitulah hebatnya Adi Putra, manusia yang dikurniakan kebolehan yang begitu menakjubkan. Seharusnya kita melihat perkara ini sebagai salah satu kebesaran Allah yang Maha Esa. Sebenarnya setiap daripada kita memiliki kelebihan dan keupayaan yang menakjubkan, mungkin kita tidak sedar atau melihatnya sebagai perkara biasa sahaja.

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos

Post to Twitter Tweet This Post