Kronologi Harga Minyak Petrol Malaysia - Siri 2
Filed Under (Ekonomi) by hafez on 05-09-2008
Tagged Under : harga, minyak petrol
Pada 8 Jun lalu saya ada membuat satu post mengenai kronologi peningkatan harga minyak petrol di Malaysia semenjak tahun 1990 hingga 2008. Saya mempersoalkan setinggi mana harga yang sanggup kita bayar tanpa menjejaskan kehidupan seharian. Namun kini, apa yang berlaku harga minyak di Malaysia telah mengalami penurunan yang selama ini tidak pernah terjadi dalam tempoh lebih kurang 9 tahun. Apa komen anda?
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
23/08/2008 - RM 2.55 (penurunan RM 0.15)
xx/09/2008 - RM 2.40 (kemungkinan penurunan RM 0.15)
PUTRAJAYA 4 Sept. — Kerajaan mungkin sekali lagi mengkaji semula harga petrol bulan depan (Oktober), kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Beliau berkata, jika minyak global berharga AS$109 setong hingga akhir tahun, kerajaan mungkin mengurangkan harga bahan bakar di pam.
“Harga minyak mentah global kini ialah AS$109 setong. Jika ia kekal pada paras itu, pastinya saya sangat gembira untuk mengurangkannya sebanyak 15 sen berbanding harga semasa RM2.55 (di pam),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan, di sini hari ini.
“Doakan supaya ia (harga minyak mentah) tidak naik, dan ia akan turun lagi.
Kami kini memantaunya sepanjang masa,” kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan.
Pada 23 Ogos lepas harga minyak dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.70.
— Bernama







Hemm… gula2 politik ni… Kalau x de pkr skrg… mungkin x turun kut…
Nampaknya doa dan harapan kita agar harga minyak turun dah dimakbulkan….syukur!
Harap2 harga minyak turun la lg… RM 2.55 seliter masih mahal la… Bayangkan dari RM 1.92 jadi RM 2.55 (Perbezaan RM 0.63)
Kita tunggu saja pengumuman harga minyak sebelum menjelang hari raya nanti, semoga harga minyak dunia tidak melonjak kembali….kita hanya mampu berdoa…
saje jenjalan tgk blog awak..ok byk info.