Browse By

Konsep Upah PTPTN

Konsep: upah = kos pengurusan + pinjaman

Ini mungkin satu berita baik bagi peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN), Majlis Fatwa baru-baru ini memutuskan bahawa caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan sebelum ini akan digantikan kepada konsep upah. Sejauh mana konsep upah ini dapat membantu mengurangkan bebanan pinjaman pelajar, kita akan lihat sebaik sahaja pengumuman kadar bayaran baru dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi tidak lama lagi.

Memandangkan saya juga antara sebilangan peminjam setia PTPTN, berita seperti ini amat melegakan. InsyaAllah, misi untuk bebas daripada hutang mungkin akan lebih cepat dicapai. 😀

Majlis Fatwa putuskan caj PTPTN perlu berkonsep upah

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) hendaklah berkonsepkan upah sejajar matlamat penubuhannya untuk membantu pelajar membiayai pengajian.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata kadar upah yang dikenakan itu juga mesti bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberi dan tidak membebankan peminjam.

“Jika konsep upah ini digunakan, kadarnya mestilah berbaloi dengan kerja dan tidak membebankan pelajar,” katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Mesyuarat khas bagi membincangkan isu PTPTN itu berlangsung kira-kira satu setengah jam dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz.

Difahamkan, konsep upah itu membabitkan formula kos sebenar pengurusan PTPTN sepanjang tempoh pinjaman yang dicampur bersama pinjaman peminjam bagi menggantikan caj perkhidmatan tiga peratus yang digunakan sebelum ini.

Abdul Shukor berkata, mesyuarat itu tidak menetapkan satu kadar yang tepat, tetapi beliau menjangka kadar baru itu akan memuaskan hati semua pihak kerana ia bersesuaian dengan kehendak syarak.

“Kita serahkan kepada PTPTN untuk menentukan corak pengiraannya dan pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin).

“Kita fikir mereka (orang ramai) akan berpuas hati kerana kerajaan, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa mencari jalan supaya masalah ini (caj perkhidmatan) dapat diselesaikan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

zp8497586rq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...