Browse By

Kisah Seorang Bekas Jutawan Segera

Al-kisah tentang seorang bekas jutawan segera yang kini telah jatuh muflis dan mulai menjalani kehidupan sebagai orang biasa. Kadang kala daripada apa yang dapat saya lihat dan dengar, dalam mengejar kemewahan seseorang itu pasti akan kehilangan sesuatu yang penting dalam hidupnya.

Ternyata kekayaan dan kemiskinan adalah salah satu bentuk ujian dan terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menghadapinya. Yang pasti kita digalakkan untuk mencari seberapa banyak kekayaan dan kemewahan, dan tidak lupa mengsyukuri apa yang kita telah perolehi.

LONDON: Yvonne Lawrence, 30, masih tersenyum meskipun beliau kini papa kedana, setelah sembilan tahun hidup dalam serba kemewahan selepas menang loteri RM9.46 juta.

“Saya kini lebih gembira,” dakwa Yvonne yang hilang segala kekayaannya akibat gaya hidup mewah dan juga pelaburan yang merugikan.

Hakikatnya, jika wang kemenangan daripada tiket 8, 11, 25, 46 dan 47 itu tidak dibelanjakan dan disimpan di bank, Yvonne bakal memperoleh wang faedah RM570,600 setahun dan hidup selesa.

Kini, wangnya habis dan bekas kakitangan panggung wayang yang berpendapatan RM57,000 setahun itu kini terpaksa mencari kerja, mungkin kerja di pejabat.

Keluarganya kini bergantung kepada pendapatan suaminya, Nathan yang bekerja sebagai pengimpal. Baru-baru ini mereka terpaksa menjual rumah semi-d serta kereta sport berharga RM228,000 untuk membeli apartmen dua bilik dan kereta Peugeot 307 bernilai hanya RM38,000.

“Saya melalui tempoh paling menarik dalam hidup, tapi kini saya kembali normal. Saya kini mungkin tidak berwang, tapi saya tak kesal. Yang penting, saya sihat dan kini kami memiliki tiga anak yang baik. Malah, ada kalanya saya gembira kami tidak lagi kaya.

“Sememangnya saya suka hidup mewah tapi tanpa wang, anak saya pasti lebih menghargai hidup,” kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia enam tahun dan pasangan kembar lelaki, dua tahun itu.

Yvonne menang hadiah loteri itu ketika berusia 21 tahun dan dalam tempoh enam bulan pertama, beliau pergi membeli-belah setiap hari.

“Saya beli apa saja, pergi bercuti dengan empat rakan selama dua minggu di Florida dan Bahamas. Saya juga belanja empat rakan saya untuk membeli-belah di New York dan membawa ibu ke Disneyland, Paris.

“Saya tak perlu lagi kerja, membeli apartmen empat bilik berharga RM1.6 juta dan sebuah kereta Volkswagen Golf. Saya membelanjakan RM234,700 untuk membeli kereta Jeep Cherokee dan RM228,400 untuk membeli kereta Mercedes SLK.”

Yvonne menderma sebahagian wang kemenangannya, sejumlah RM317,100 setiap seorang untuk ibu dan bapanya yang bercerai dan RM507,650 untuk adik lelakinya, Darren.

Demi melindungi wang kemenangannya, Yvonne turut melabur dalam saham atas nasihat pakar. Semuanya berjalan lancar hinggalah 11 September 2001. Serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York yang menyebabkan pasaran saham dunia merudum merugikan Yvonne sekali gus memaksa beliau menjual sahamnya.

“Saya takut hilang semua wang saya, menyebabkan saya menjual saham. Saya rugi RM634,350 tapi wang yang saya peroleh kembali saya labur di tempat lain,” katanya.

Beliau membelanjakan RM2.54 juta untuk membeli tiga apartmen di bandar kelahiran Nathan, Gosport, Hants, tapi pasaran hartanah yang merudum menyebabkan beliau kerugian lagi.

Awal tahun ini, Yvonne terpaksa menjual sebuah apartmen dengan harga hanya RM920,000, kurang RM254,000 daripada harga yang dibelinya. Beliau turut hilang RM63,450 apabila penyewanya lesap begitu saja.

“Saya tidak boleh buat apa-apa, tapi belajar daripada pengalaman itu,” katanya.

Pada 2002, Yvonne rugi besar apabila bersetuju memenuhi permintaan Nathan menjadi pemain hoki ais profesional di Kanada.

Selepas membelanjakan RM63,450 untuk majlis kahwin, mereka terus berhijrah ke Kanada.

“Beliau menjalani kem latihan dan kami menyewa sebuah rumah dan membeli banyak perabot. Ada di antaranya terpaksa kami tinggalkan selepas hasrat Nathan tidak tercapai.

“Apapun saya puas hati kerana sekurang-kurangnya Nathan mencuba sedaya upaya. Beliau masih lagi bermain di sini, tapi dalam liga lebih rendah,” katanya.

Pada 2004, Yvonne dan Nathan melabur RM3.18 juta untuk menguruskan sebuah gimnasium.

“Kami sekeluarga berpindah ke Gosport pada masa itu. Sebahagian besar wang kami dilabur dalam hartanah dan kami ingin sesuatu yang menghasilkan wang. Nathan berasakan bisnes gimnasium peluang terbaik.

“Meskipun tak pasti, saya menurut kehendak Nathan kerana dia bersungguh-sungguh. Pada mulanya, semua berjalan lancar dan kami memiliki 700 ahli. Namun, kos tinggi menyebabkan kami tidak mampu untuk terus beroperasi.”

Awal bulan ini, gimnasium itu terpaksa ditutup dan Yvonne mengaku melakukan kesilapan kerana tidak memperoleh nasihat terbaik sebelum melabur wangnya.

“Kini saya terpaksa mencari kerja. Meskipun sukar, saya perlu meneruskan hidup untuk membesarkan anak saya. Saya kini mungkin tidak hidup mewah, tapi boleh kongsi pengalaman ini dengan anak dan harap mereka belajar daripada pengalaman ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.nadlique.com Nadlique

    Saya rasa, itu lah akibatnya bila seseorang diberi harta/wang yg terlampau banyak tetapi tidak mempunyai pengetahuan yg cukup dlm pengurusan wang.

    Kalau tak silap saya, dulu di Malaysia, ramai peneroka Felda yg menjadi jutawan segera setelah menjual tanah-tanah mereka. Tak kurang drpd setahun kemudian, miskin balik. Boros tak ingat dunia.

    Nadlique’s last blog post..Pak Lah (Abdullah Badawi) resigns? Pak Lah (Abdullah Badawi) letak jawatan?

  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Ya betul. Apa yang paling penting adalah pengurusan wang. Walaupun mempunyai wang yang banyak namun jika pengurusan wang tidak mantap ianya boleh habis dalam sekelip mata sahaja.

    Paypal2u Bloggers’s last blog post..Malaysian 12th Election Result Analysis

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Mujurlah sekarang sudah ramai yang celik kewangan dan sudah pandai menguruskan wang dengan betul. Paling baiknya, sudah ramai yang menjadi jutawan dalam diam. 😀

  • http://bonoriau.com bonoriau

    Selagi yang kaya tidak lupa hak yang miskin insyallah tak jatuh miskin. Kekayaan dari Allah untuk Allah. Buat dengan ikhlas.

  • http://jagung.890m.com Jagung

    Cerita yang bagus :)… Berbeza dengan “self-made millionaire” akan dapat bangun kembali selepas kejatuhan kerana mereka tahu bagaimana cara untuk jadi jutawan. Apa yang perlu dilakukan adalah mengulang balik proses yang telah dilalui sebelum ini. InsyaAllah.

  • http://www.hanep.org hanep

    “Saya melalui tempoh paling menarik dalam hidup, tapi kini saya kembali normal. Saya kini mungkin tidak berwang, tapi saya tak kesal.”

    Tak jujur betul. tipu la kalau tak kesal. betul tak?

    hanep’s last blog post..My 10 Ways to drive more traffics to web

  • Radin Panji Semerang

    Salam semua rakan-rakan. Salam perkenalan daripasa saya RPS. Saya ingin mendapat pandangan dan bantuan rakan-rakan. Saya bercadang untuk menubuhkan satu grup yang mempunyai visi, misi dan matlamat yang sama iaitu terdiri daripada mereka yang komited dan berdisplin untuk memperbaiki diri khususnya dari segi kewangan. Grup ini diharap akan menjadi sebuah ‘keluarga’ yang merupakan rakan buddy ke arah kejayaan hidup. Saya mencari rakan-rakan yang terdiri daripada bidang-bidang seperti unit trust, insurans am, perancang pusaka,financial planner,banker,real estate agent,credit card representative, personal loan agent dll yang berkecimpung di dalam produk-produk kewangan. Kalau berjaya grup akan menjadi tempat ‘one-stop solution centre’ untuk produk kewangan. Email saya untuk tindakan seterusnya.

  • Radin Panji Semerang

    email addresss saya: radinsallehuddin@yahoo.com

  • http://www.roslihanip.com Rosli

    Kita kena beringat sesama kita bahawa rezeki, harta dan apa jua bukan milik kita. Semuanya adalah anugerah YANG ESA. Dan carilah pendapatan yang di redhai, InsyaAllah akan di berkati. Kita sedikit pun tidak mempunyai kudrat kecuali dengan kudrat Allah sahaja. Tetapi kita kena usaha, itu perkara wajib.

    Rosli’s last blog post..For Malaysians by Malaysians

  • MIJI

    Ish sedih gak citer ni tapi elok gak kalu kita layan citer motivasi
    utk lebih positif,olh tu rajin2 ler ke blog saya
    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/