Baru-baru ini disiarkan sebuah artikel dalam Utusan Online kenyataan daripada Dr. Saodah Abd. Rahman yang mengatakan umat Islam kini perlu mengawasi makanan ringan yang menggunakan label halal kerana terdapat bahan-bahan haram di dalam kandungan makanan tersebut. Agak pelik bila diminta memantau sendiri makanan ringan yang dah dilabelkan halal. Apa maknanya logo halal yang tertera pada bungkusan-bungkusan snek tu? JAKIM tersalah label ke? Persoalan paling penting siapakah pengemar snek paling ramai dan setia? Mampukah mereka memantau sendiri?

Jika dulu, kita hanya perlu tengok pada tarikh luput saja kerana tidak timbul isu halal haram. Tapi kini bukan setakat jenis label halal perlu kita sahkan, malah kita juga diminta tidak percaya bulat-bulat pada label halal tersebut. Wah! kelihatannya seolah-olah perakuan halal palsu itu bebas dipasarkan sesuka hati serta makanan halal dan tidak halal sudah bercampur-campur di atas satu rak. Ini satu masalah besar! jangan lupa Malaysia dikenali sebagai hab makanan halal dunia.

Saya tidak bermaksud untuk mempersoalkan tanggungjawab dan peranan JAKIM pihak berkuasa, namun dalam soal halal dan haram ini mereka perlu bersikap lebih teliti dan tegas. Tidak boleh sekadar melepaskan batuk di tangga kerana sebagai pengguna kita hanya mampu memantau setakat yang termampu dan tidak mustahil kita sudah pun termakan makanan yang tidak halal itu.

Namun, ini tidaklah bermakna kita sebagai pengguna boleh menunding jari sesuka hati menyalahkan orang lain kerana sesungguhnya telah termaktub mencari dan mendapatkan yang halal itu ada wajib bagi setiap dari kita sebagai umat Islam. Jika terasa was-was dapatkanlah info mengenai makanan tersebut. Kata orang, tidak tahu bertanya. Sekurang-kurangnya google tempat bertanya paling mudah dan pantas.

Dikatakan jika sesuap rezeki yang haram memasuki tubuh kita, maka ia akan kekal menjadi darah daging di dalam tubuh dan seterusnya akan merosakkan fungsi akal dan jiwa buat selama-lamanya. Jadi, pastikanlah anda kenali makanan yang anda makan. Demi kebaikan zuriat maka pastikanlah sumber rezeki harian itu adalah halal.

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos

Post to Twitter Tweet This Post