Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain.

Peserta tarian ini perlu berada dalam barisan yang teratur agar gerak tari kelihatan lebih seragam dan menarik mengikut rentak muzik yang sedikit rancak. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ke tempat, lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil memusingkan badan. Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang sehingga anda selesai memusingkan badan ke empat penjuru lalu kembali ke tempat asal semula. Rentak lagu memainkan peranan untuk menambahkan keseronokkan dalam tarian ini.

Di Malaysia, poco-poco biasanya ditarikan sewaktu diadakan senaman erobik kerana tarian ini memerlukan banyak pergerakkan kaki, tangan dan tubuh badan. Anda juga boleh melakukan tarian ini bersama keluarga di rumah atau bersama rakan sekerja di pejabat. Disamping dapat menyihatkan badan, tarian ini juga dapat mengurangkan tekanan. Jom poco-poco! :D

[youtube KPSfv-hhbYE]



Download Mp3 : Yopie Latul – Poco-poco
Mirror : Yopie Latul – Poco-poco

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos

Post to Twitter Tweet This Post