Jom Beli Rumah

Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu. Rumah merupakan aset atau pelaburan jangka panjang yang paling menguntungkan kerana nilainya meningkat hampir saban tahun. Namun, disebabkan harga sesebuah rumah itu mencapai angka ribuan ringgit maka tidak ramai yang mampu membelinya secara tunai kecuali anda adalah seorang JUTAWAN. Jadi alternatif paling mudah, mee segera dan popular untuk membeli rumah adalah dengan membuat pinjaman perumahan.



Jom Beli Rumah



Sebagai penjawat awam khasnya, kita diberi kemudahan untuk membuat pinjaman perumahan dengan kerajaan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 6 Tahun 1995. Kemudahan ini hanya diberi sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Kelebihan utama menggunakan pinjaman kerajaan ini adalah kerana kadar faedahnya lebih rendah(lebih kurang 4% sahaja), mudah diluluskan dan lebih dipercayai Pemaju. Skim pembiayaan perumahan kerajaan terbahagi kepada dua.


Sekiranya anda menggunakan satu nama sahaja untuk membeli rumah maka anda akan diletakkan di dalam kategori Skim Pembiayaan Perumahan Secara Islam (SPPI) jika berpasangan atau atas dua nama anda akan dikategorikan sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Perbezaan kedua-dua skim ini adalah pada jenis dan nilai insuransnya.


Langkah pertama sebelum anda berniat menggunakan pinjaman penuh kerajaan untuk membeli rumah idaman ialah dengan menyemak dahulu sama ada anda memenuhi syarat-syarat asas berikut:

  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Telah berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib


  • Kemudian lihat pula amaun atau had pinjaman yang layak anda mohon mengikut gaji hakiki(gaji pokok) semasa. Contoh gaji hakiki anda sekarang RM1395.61 maka had pinjaman yang anda boleh mohon adalah sebanyak RM156,000 sahaja. Sila rujuk jadual dibawah:

    Bil Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pinjaman (RM)
    1 3500 dan ke atas 360,000
    2 3000 ke 3499 300,000
    3 2500 ke 2999 264,000
    4 2000 ke 2499 240,000
    5 1500 ke 1999 192,000
    6 1200 ke 1499 156,000
    7 1000 ke 1199 120,000
    8 800 ke 999 96,000
    9 600 ke 799 72,000
    10 599 dan ke bawah 48,000



    Setelah memenuhi syarat asas dan mengetahui had kelayakan pinjaman, kini barulah anda boleh mula mencari rumah idaman. Pastikan lokasi yang sesuai dan status rumah tersebut sama ada lease hold atau free hold. Bagi saya, lokasi rumah yang baik sekurang-kurangnya:

  • berdekatan dengan tempat kerja
  • terdapat kemudahan awam dan pengangkutan awam
  • keselamatan terjamin
  • mudah dikunjungi oleh sanak saudara dan sahabat handai.


  • Keperluan anda mungkin berbeza, apa pun yang penting anda perlu membuat tinjauan yang secukupnya sebelum mula membeli rumah mengikut kelayakan anda. Apabila anda membeli rumah baru berstatus lease hold, anda akan diberi tempoh pajakan selama 99 tahun untuk mendiami rumah tersebut bermula daripada tarikh perjanjian kontrak. Selepas tempoh tersebut anda perlu memperbaharui pajakan tersebut dengan Pejabat Tanah. Masalah lain yang timbul apabila memilih lease hold adalah tidak ramai yang berminat membeli rumah berstatus lease hold jika anda berniat untuk menjualnya. Rumah berstatus free hold pula harganya agak mahal berbanding lease hold dan tidak banyak ditawarkan terutama di kawasan-kawasan bandar.


    Langkah seterusnya adalah membuat tempahan dengan membayar yuran tempahan. Kadar yuran tempahan ini tidak tetap, biasanya sekitar RM500 – RM1000 bergantung kepada kehendak Pemaju. Seterusnya anda perlu berunding dengan pihak Pemaju untuk mendapatkan kadar Sale & Purchase Agreement (SPA) atau disebut juga sebagai S&P dan yuran guaman yang terbaik. Jika Pemaju menawarkan SPA dan yuran guaman PERCUMA maka anda tidak perlu membayar apa-apa lagi melainkan yuran tempahan sahaja. Namun jika tidak, cuba dapatkan persetujuan Pemaju agar kos SAP dan yuran guaman diserap ke dalam pinjaman perumahan. Seandainya Pemaju tidak bersetuju, maka anda terpaksalah membayar kos SAP dan yuran guaman itu sendiri yang mana kadarnya sekitar RM4000 – RM6000. SPA boleh diperolehi dalam masa sehari, atau paling lewat seminggu dan anda juga akan diberi geran rumah sementara. Cuba juga bertanyakan kepada Pemaju sekiranya terdapat yuran-yuran tersembunyi lain yang perlu dijelaskan. Peguam yang dilantik akan menerangkan dengan terperinci kandungan SAP kepada anda dan anda juga perlu jelas dengan syarat-syarat yang terkandung di dalam SAP sebelum menandatanganinya. Sebagai peringatan, anda dinasihatkan mencari rumah yang dibangunkan oleh Pemaju yang mempunyai track record yang baik. Sila buat tinjauan terhadap projek-projek perumahan Pemaju tersebut sebelum ini, berhati-hati sekiranya terdapat projek yang gagal atau terbengkalai.


    Langkah seterusnya, anda perlu mendapatkan cover letter bercop daripada bahagian Pentadbiran di tempat anda bekerja sebelum berurusan dengan agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan pinjaman perumahan ini iaitu Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kewangan. Sila layari laman web rasminya di sini untuk mendapatkan lebih infomasi tentang pinjaman perumahan. Terdapat beberapa borang yang boleh dimuatturun atau borang di talian yang wajib diisi dengan lengkap oleh anda bersama Pemaju sebelum permohonan anda dapat diproses. Wang proses mengikut jumlah pinjaman juga perlu disediakan, kadarnya RM1 bagi setiap RM1000 nilai pinjaman.


    Kebiasaanya apabila semua borang telah dipenuhi dan disertakan dengan dokumen yang lengkap bersama wang proses yang mencukupi, permohonan anda akan segera diproses dan diluluskan. Tempoh untuk mengetahui status permohonan ini selewat-lewatnya seminggu.


    Untuk pengetahuan anda, sekiranya harga rumah idaman melebihi had kelayakan anda, anda sebenarnya masih lagi layak untuk memohon pinjaman kerajaan. Dengan syarat anda perlulah bersetuju untuk menjelaskan terlebih dahulu perbezaan harga antara harga rumah dan had kelayakan tersebut serta menandatangani satu surat yang menyatakan anda telah/akan bayar perbezaan itu sendiri. Contohnya jika anda ingin membeli rumah yang berharga RM200,000 sedangkan had kelayakan anda cuma RM192,000 sahaja, maka anda perlulah menjelaskan terlebih dahulu wang perbezaan sebanyak RM8,000 kepada Pemaju sebelum pinjaman anda diluluskan.


    Pembayaran balik pinjaman perumahan ini akan bermula 18 bulan atau 24 bulan selepas kontrak ditandatangani, bergantung kepada syarat yang telah dipersetujui. Anda mungkin juga boleh berbincang dengan Pemaju supaya membenarkan pembayaran dibuat setelah kunci diserahkan kepada anda. Ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan risiko rumah terbengkalai. Memandangkan anda memohon pinjaman kerajaan, maka potongan akan dibuat ke atas gaji bulanan anda. Sekiranya berlaku keadaan di mana rumah yang dibeli gagal disiapkan oleh Pemaju mengikut tempoh masa yang ditetapkan, maka anda sepatutnya menerima rebet daripada Pemaju. Jadi pastikan klaus tersebut dinyatakan secara jelas di dalam kontrak.


    Setelah kunci diserahkan, anda mungkin perlu memikirkan pula kos untuk pengubahsuaian, disamping kos-kos minor lain seperti cukai pintu, TNB, Syabas, Indah Water, Keselamatan (jika ada), dan Penyelenggaraan. Jadi, rancanglah pembelian rumah anda dengan teliti. Walaupun anda perlu menghabiskan begitu banyak wang untuk memiliki rumah, namun pelaburan ini berbaloi.


    Saya sekadar berkongsi infomasi yang saya perolehi daripada rakan-rakan sepejabat yang berpengalaman membeli rumah. Jika terdapat sebarang kesilapan infomasi di sini, silalah maklumkan kepada saya. Mungkin anda juga boleh kongsikan pengalaman membeli rumah supaya dapat dimanfaatkan oleh pembaca di sini. Terima kasih. :D



    Link: iProperty.com.my


    Share and Enjoy:
    • del.icio.us
    • Netscape
    • Technorati
    • YahooMyWeb
    • blogmarks
    • feedmelinks
    • Fleck
    • Internetmedia
    • MyShare
    • StumbleUpon
    • Taggly
    • Wists
    • Blue Dot
    • Digg
    • Facebook
    • Google Bookmarks
    • Live
    • Sphinn
    • TwitThis
    • eKudos
    • http://icialive.blogspot.com Ici

      Thank you for the much needed info! Table tangga gaji & pinjaman tu very helpful for me and family.

    • unie

      sangat membantu…Terima kasih.

    • ieda

      thx q very much for ur info

    • imay

      very clear.. thanks u so much~
      good day to u^^

    • 3737

      information yg clear bagi sy yg br terpikir utk start cr umah utk dibeli…

    • nizan

      salam…
      boleh berikan perbezaan antara pinjaman perumahan kerajaan dan pinjaman perumahan bank dan apakah kebaikan antara satu sama lain dan apakah kekurangan atau keburukan salah satunya..tq

    • aina rahim

      tq..info yg bagus..

    • mohdfirdaus

      Nice info bro…

      Info yg sgt diperlukan coz tak ramai yg paham prosedur beli rumah tambahan utk yg baru bekerja macam saya ni..

      Sebagai cadangan maybe bro pasni boleh buat artikel mengenai keperluan vs. kehendak coz tgk skrang ni utk yg kerja kerajaan loan mudah lulus jadi rambang mata la juga..so maybe bro leh jot down idea on win-win situation..

      thanks :)

    • http://myads-property.blogspot.com/ Myads-Property

      informasi yang sangat berguna. terima kasih!

    • mamashasha

      sedang mencari info…tq bro

    • amerpapa

      boleh x saya nak mark up loan rumah…hg rmh ialah RM220k tp saya nak mark up kpd RM240k…untuk rmh semi d…keluasan tanah 345m2.saya juga nak tau berapa lama nak dpt cf.komitmen saya lebih dr 60% adakah sy layak? rmh yg dibeli itu bulanannya rm1200 dan gaji bersih sy rm2068.brp lama plak arahan potongan gaji akn dilakukan didlm slip gaji saya? harap en hafiz dpt menjawap persoalan ini…serabut sy mikir…..

    • omeh

      sangat membantu info ni, tkasih..tgh cari2 rumah

    • Shafa

      apa perbezaan loan kerajaan dengan loan bank secara lengkap

    • she sha

      salam..

      macamane pulak yg bekerja di luar negara tp nak beli rumah di malaysia?
      boleh guna ker payslip luar negara? macamana pulan dgn EA form?

    • Amerdemilano

      harap saudara hafez dpt menjawap soalan2 di sini…

    • aishah

      salam…en hafez..sy n suami pekerja swasta…ingin mbeli rmh lot yg terbengkalai(kes kontraktor tipu),tuan tnh mnjual 150k dan akn myiapkn pembinaan rmh nye skali…pinjaman apakah yg sesuai utk sy pohon ye? aishah…ni email sy…bakawalis08@yahoo.com

    • golly

      terima kasih d atas info yg sgt mambantu…smoga dpt paparkn contoh pengiraan jumlah pembayaran agar org baru mcm saya lebih jelas.

    • mukhlis

      en hafez memang bagus kongsi info dgn orang lain. tapi naktanya sesuatu la berkenaan lawyer.kalau ingin membeli rumah 2nd hand,bukan developer, bab mana lawyer terlibat?yang saya tahu bab S&P dengan penjual dan bab sign dengan perumahan.

    • Nour

      makaseh… tersangat2 berguna info yang diberikan….

    • Anamin070603

      tq.. baru ku tahu.. very useful info..

    • Mar

      tq…informasi yg bguna untuk i yg jap lg nk p jumpa wakil pemaju untuk tempahan rumah…

    • Pergem11

      Salam

      Tahukah anda yang anda mampu mengurangkan interest rumah anda hanya dengan menggunakan transactional loan?

      Kelebihan transactional loan..
      - Mampu mengurangkan interest sehingga 40-70%
      - Memendekkan tempoh pembayaran dari 30 tahun ke 13-16 tahun sahaja. Bergantung kepada teknik yang digunakan (terdapat 3 teknik, akan diterangkan semasa presentation)
      - Menambah savings anda
      - Mampu memiliki rumah kedua atau ketiga
      - Mampu membuat renovation rumah

      contoh TL: keseluruhan loan kena bayar RM200k, tp dgn transactional loan ini. Peminjam cuma perlu bayar RM120K sahaja, juga dapat memendekkan jangkamasa pinjaman.

      contoh: sepatutnya loan sampai 30 tahun jadi 16 tahun sahaja.

      Ini bukan gimik. Sebenarnya semua bank pun ada plan ini, cuma sebelum ini plan ini hanya sesuai utk golongan berpendapatan tinggi sahaja. Sebabnya untuk guna loan ini, peminjam perlu membayar beberapa % dari pokok. selain tu ada banyak charge2 lain dikenakan. Cuma transactional loan ini sahaja yg tiada mengenakan sebarang kos dan memang dibuat untuk golongan pendapatan sederhana.

      Siapa yg patut ambil peluang ni?
      1) ANDA YG MMG ADA LOAN RUMAH. Transfer je loan anda ke transactional loan, tiada bayaran dikenakan.

      2) ANDA YG BARU NAK BUAT LOAN RUMAH.

      Berminat? Sediakan dokumen seperti:

      - IC fotostat
      - payslip 3 bulan
      - Bank statement 3 bulan
      - surat pengesahan jawatan
      - SNP (sekiranya ingin refinance rumah)
      - Bil air/elektrik
      - copy buku bank..
      - epf statement/ea form
      - housing loan latest statement (sekiranya ingin refinance)

      Qasha – 0193695600
      pergem11@yahoo.com

    • Via_308252

      Informasi ni mmg bagus. Tapi kenapa gaji suami saya RM1800 pn susuh mahu buat pinjaman nak beli rumah RM152k?

    • Arwen_nemo

      salam…saya mohon seorg tp tersalah isi borang lah npknya…sy isi borg sppp…dh submit pun….aduhai..camane ni….