Browse By

Jadikan Mereka Mentor Anda

Jutawan Malaysia

Ya, jadikan mereka mentor anda sekarang kerana mereka merupakan barisan mentor terbaik untuk mengubah hidup anda menjadi seorang yang sentiasa berduit atau JUTAWAN. Jika anda tidak berkeinginan menjadi seorang jutawan (fobia kot..), sekurang-kurangnya ubahlah hidup anda supaya setiap kali berlaku kenaikan harga minyak anda tetap boleh menjalani hidup seperti biasa dan tidak perlu mengurangkan perbelanjaan lagi.

Mentor Jutawan merupakan sebuah lagi ebook nukilan Irfan Khairi yang memuatkan kisah suka & duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi, tip-tip untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan & kewangan dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan. Seperti kata Irfan Khairi “Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!“.

Ebook Mentor Jutawan adalah berbeza dengan ebook-ebook motivasi yang lain kerana ebook ini dihasilkan berdasarkan temubual Irfan Khairi di rancangan radionya “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di Radio24 dengan jutawan-jutawan secara langsung, bagaikan memaksa setiap jutawan mendedahkan rahsia mereka secara telus!. Perkara ini jarang sekali dapat dilakukan, dan sudah pasti isi kandungan ebook Mentor Jutawan ini amat berharga dan menarik untuk dibaca.

Anda akan diberi kupon diskaun RM70 untuk Workshop Jutawan Internet kelolaan Irfan Khairi dan koleksi 3 ebook kekayaan klasik Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, The Science of Getting Rich oleh Wallace Wattles dan As a Man Tinketh oleh James Allen apabila anda mendapatkan ebook Mentor Jutawan ini. Paling penting anda mendapat ilmu daripada pakar yang bakal merubah hidup anda. Soalnya sekarang, adakah anda bersedia menjadi seorang JUTAWAN? 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...