Browse By

Hari Khamis Hari Batik

Image Hosting by Picoodle.com

Berkuatkuasa 15hb. Januari 2008, kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

Tujuan utama pemakaian batik ini adalah untuk mempromosikan industri batik negara. Sememangnya usaha ini amat baik dalam membantu industri kecil dan sederhana(IKS) yang terlibat secara langsung dalam perusahaan batik untuk terus berkembang selain dapat memberi imej kakitangan kerajaan yang lebih menarik. Semoga dengan adanya imej yang menarik, mutu kerja dan prestasi kakitangan awam juga akan turut meningkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...