Apakah relevannya yer? Mungkin saya terkeliru, boleh sesiapa tolong jelaskan?
Harga petrol, diesel turun
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter dan diesel diturunkan 8 sen dari RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa mulai esok. Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.
Petikan Utusan Malaysia 23/08/2008
Kerajaan benar surcaj 30 peratus tiket bas
KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pengusaha bas ekspres dan henti-henti mengenakan surcaj 30 peratus ke atas tiket sempena Aidilfitri berkuatkuasa 15 September hingga 15 Oktober depan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata kerajaan membenarkannya kadar sujcaj itu bagi membantu pengusaha mengurangkan kos operasi.
Berita Harian 28/08/2008
P/s: Kos operasi, Kos perkhidmatan, Kos pengurusan, ada lagi??
-
rizki_erwainshah
-
mid
-
hafez
-
lisa
-
mama09