Isu harga minyak di Malaysia ketika ini masih menjadi tanda tanya memandangkan harga minyak di pasaran dunia masih berada di paras yang tinggi. Musim pilihanraya kali ini banyak pula parti yang bertanding menjamin tidak akan berlaku kenaikan, semoga isu ini tidak dijadikan sebagai modal untuk meraih undi dan akhirnya kembali membebankan rakyat.
Harga minyak tidak naik – Najib
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
“Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pelancaran manifesto itu dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara itu, mengulas pelancaran manifesto itu, Najib berkata, ia merupakan ikrar BN dalam menentukan landasan hala tuju negara secara spesifik pada masa akan datang.
Beliau berkata, manifesto itu bukan slogan atau cakap-cakap politik, sebaliknya mengandungi banyak pengisian yang substantif bagi membangunkan negara dan rakyat.
“Saya percaya dokumen ini sesuatu yang boleh dipegang sebagai pengukur kejayaan kita dan juga landasan hala tuju kita pada masa depan,’’ ujarnya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, manifesto itu boleh digunakan oleh rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan BN sejak empat tahun lalu.
‘‘Kita sebenarnya telah memperincikan pencapaian kita dalam sektor dan bidang tertentu secara spesifik. Boleh dikatakan inilah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun.
‘‘Jadi, rakyat dapat menilai apakah yang telah kita lakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan membawa rakyat Malaysia,’’ tambah Najib.
Sumber: Utusan Malaysia
Manifesto Parti Islam SeMalaysia (PAS) :
“Menurunkan harga bahan bakar (Petrol dan Disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.”
-
Nadlique
-
nawiismail
-
ismailsns
-
ismailsns
-
Nadlique
-
hafez
-
Nadlique
-
hafez
-
John NaN
-
hafez
-
titan