Image Hosting by Picoodle.com

Memang benar, akaun Gmail tidak lagi selamat untuk digunakan. Jika anda menggunakannya sekarang, anda mungkin perlu cari alternatif lain. Saya ada sebab yang munasabah untuk berkata demikian.


Saya adalah antara pengguna setia akaun percuma Gmail, dan hampir semua emel-emel saya yang penting terkandung di dalam akaun gmail. Bagaimana pun setelah saya terbaca kisah malang yang menimpa David Airey baru-baru ini , kepercayaan saya terhadap Gmail telah mula berubah. Saya faham tiada sebarang aplikasi yang boleh dijamin selamat digunakan 100%, tetapi kadang-kala apabila kita kerap(hampir setiap hari) menggunakan sesuatu aplikasi, kita tidak lagi akan mengsyaki atau curiga kepada tahap keselamatannya.

Saya bersyukur kerana perkara buruk yang dialami oleh David tidak berlaku kepada saya, kalau tidak mungkin saya sekarang sedang menghadapi trauma. Bagaimana pun tidaklah saya berniat untuk menamatkan terus perkhidmatan Gmail yang telah banyak berjasa selama ini, cuma saya lebih berhati-hati. Kata orang, beringat-ingat sebelum terlewat. Berikut adalah langkah-langkah awal yang saya telah ambil:
1. Menukar password kepada yang lebih sukar iaitu gabungan nombor, huruf dan simbol.
2. Backup akaun dan emel-emel yang mengandungi maklumat sulit disalin atau dicetak dan seterusnya dihapuskan emel tersebut.
3. Fungi Filter digunakan untuk membuat saringan terhadap emel-emel yang masuk dan emel yang tidak dikenali akan ditandakan sebagai spam dan sekiranya meragukan tidak akan dibuka langsung sebaliknya terus dihapuskan.
4. Folder Drafts, Trash dan Send Mail dikosongkan.
5. Setiap emel yang diterima akan dipastikan siapa penghantarnya dengan klik pada show details.
6. Disable fungsi Forwarding and POP/IMAP di Settings.
7. Memastikan Sign Out digunakan untuk menutup emel.

Mungkin anda merasakan tindakan saya agak paranoid dan agak keterlaluan, namun sekurang-kurangnya hidup saya selepas ini lebih tenteram. Sekiranya berlaku pencerobohan, akibat yang ditanggung tidaklah seteruk mana dan juga tidaklah merugikan sangat. Saya pasti anda mempunyai pendapat berbeza, silalah kongsi disini yer?.

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos

Post to Twitter Tweet This Post