Browse By

Gabra Nak Kahwin

“Kereta dah ada, rumah dah ada, duit simpanan dah cukup, calon pun dah ada, apa yang kamu tunggu lagi Abu?? Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang…” nasihat Kasim kepada sahabat baiknya.

Dialog di atas antara dialog yang paling biasa kita dengar. Kini, ramai sebenarnya lelaki bujang yang sudah memiliki hampir semua keperluan untuk berumah tangga, tetapi masih ramai yang tidak berani untuk melangkah ke alam rumah tangga. Pelbagai alasan yang diberi termasuklah sibuk dengan urusan kerja, hendak membantu ibu bapa dan adik-adik, belum bersedia, belum jumpa calon yang sesuai dan bermacam-macam lagi. Ada juga sesetengahnya tidak sanggup untuk berhadapan dengan jurunikah dan dikerumuni oleh sanak saudara dan rakan-rakan sewaktu berlangsungnya upacara akad nikah kerana takut gugup.

Walau apa pun alasannya, kahwin tetap kahwin. Tiada alasan untuk lelaki atau perempuan bujang untuk terus membujang melainkan mereka dapat mengawal nafsu syahwat mereka dengan baik. Paling penting adalah persediaan yang cukup sebelum menghadapi alam perkahwinan. Perkahwinan bukanlah untuk sementara waktu, tetapi tempohnya selama nyawa dikandung badan. Perkahwinan juga tidak boleh dipaksa dan memaksa kerana kebahagiaan rumah tangga itu lahir daripada keikhlasan dan keredhaan dua hati yang disatukan.

Apabila bercakap mengenai persediaan untuk menghadapi alam perkahwinan ini, saya amat tertarik dengan sebuah ebook yang dihasilkan oleh saudara Meor Shukri yang berjudul “Rahsia Mudah Akad Nikah“. Bagi saya ebook beliau sangat sesuai dibaca oleh pasangan atau orang-orang bujang yang bakal menghadapi hari perkahwinan. Beliau banyak mengupas kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pengantin sewaktu akad nikah dan beliau juga menyenaraikan keperluan-keperluan yang perlu sama ada sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya hari perkahwinan.

Sekiranya anda mendapatkan ebook ini, anda juga akan diberikan beberapa perisian dan ebook lain yang menarik secara percuma seperti Sistem Pengurusan kewangan, Badget Tracker Software, Ebook 101 Romatic Ideas, Asas Fardu Ain, 587 Koleksi Nama Pilihan dan Panduan Malam Pengantin. Panduan lengkap yang terdapat dalam ebook ini sungguh berbaloi untuk dimiliki, kerana terdapat rahsia yang dibongkarkan mengenai hari perkahwinan yang mungkin tidak anda ketahui. Namun jika anda tidak bercadang untuk berkahwin lagi, anda juga boleh hadiahkan ebook ini kepada rakan-rakan anda yang bakal berkahwin, tentu mereka menghargai pemberian anda ini, percayalah!. ;-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.melayubuntu.blogspot.com melayubuntu

    haha…aku smuanya pun xcukup lg nih..wakaka

    melayubuntus last blog post..12 Virus paling merbahaya sepanjang sejarah komputer

  • http://thinker.my/blog Extremist Thinker

    kawin? mesti! ebook kawen pun ade jugak eh.