Browse By

Fiq Mentor Ganti Faizal Tahir?

Hanya tinggal lapan hari Anugerah Juara Lagu 22 berlangsung, tetapi kini pihak penganjur terpaksa menangani masalah mencari pengganti penyanyi dua lagu yang dipertandingkan, “Mahakarya Cinta” dan “Kasih Tercipta”, yang bersaing di dalam kategori Balada.

Krisis ini timbul ekoran pengumuman bahawa penyanyi lagu-lagu tersebut, Faizal Tahir, tidak dibenarkan muncul dalam rancangan hiburan berbentuk konsert yang ditayangkan di mana-mana stesyen televisyen swasta selama tiga bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Di konsert ulangtahun 8TV Ahad lepas, Faizal membuka baju yang dipakainya ketika membuat persembahan dan menayangkan huruf ‘S’ yang dicat di badannya. Pihak 8TV sendiri sebelum ini telah menghukum Faizal dengan memberinya amaran keras serta mengarahkan beliau melakukan khidmat masyarakat selama enam bulan. Penyanyi yang baru muncul dengan album solonya yang pertama itu juga telah meminta maaf secara terbuka.

Apabila ditanya mengenai pencarian pengganti Faizal, pengurus besar jabatan hiburan, sukan dan rekreasi TV3, Azhar Borhan memberitahu gua.com.my: “Pihak kami telah pun memaklumkan kedua-dua komposer terlibat, Audi Mok (“Mahakarya Cinta”) dan Ajai (“Kasih Tercipta”) mengenai situasi ini dan berbincang dengan mereka tentang siapa yang mereka mahukan sebagai pangganti Faizal. Merekalah yang berhak membuat keputusan tersebut.”

Sementara itu apabila dihubungi pihak gua.com.my, Audi melahirkan rasa kecewa beliau dengan apa yang telah terjadi. “Lagu tersebut memang dicipta khas untuk Faizal. So it will always be his song. Harapan saya, siapa saja yang dipilih untuk menyanyikan “Mahakarya Cinta” pada malam tersebut akan dapat memberikan intepretasi tersendiri yang tak kurang hebatnya.”

Setakat ini, gua.com.my ada terdengar desas-desus yang Fiq Mentor akan menggantikan Faizal untuk lagu “Mahakarya Cinta”, sementara Ajai berkemungkinan besar menyanyikan sendiri lagu “Kasih Tercipta”.

Sumber: Gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.syamsulariff.com vangardx

    huhu..harap2 faizal tahir dibenarkan disaat2 akhir 😀

  • admin

    tak sangka ramai juga peminat faizal ek… 😀

  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Mmmmm…

    Gua rasa la… sesekali elok gak ada kekangan seperti ini. Baru la para artis nie takder syok sendiri dan membelakangkan budaya tempatan.

    Gua setuju Faizal dikenakan tindakan namun gua juga setuju para artis lain (terutamanya perempuan) juga dikenakan tindakan sekiranya berpakaian menjolok mata.

    MCMC juga perlu kenakan tindakan sewajarnya kepada beberapa artis seperti Zarina-Ann-Julie dan Wan Nor Azlin agar menjadi peringatan kepada semua.

  • admin

    mungkin ini pengajaran bermakna untuk faizal…harap dia belajar daripada kesilapan…

  • aisyah

    walau ape pun terjadi,semoga ade perubahan saat2 akhir nanti.semoga faizal dapat menyanyikan lagu tersebut di AJL nanti.kedua2 lagu tu takde makne kalo bukan faizal yang nyanyi.semoga SKMM beri sedikit kelonggaran utk AJL nanti..harapan peminat2 faizal tahir setinggi gunung…………

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    jika faizal masih tidak dibenarkan bertanding, fiq juga perlu disokong….dia pun punya bakat tersendiri…

  • http://www.komputercenter.com/aten-c-35 ATEN

    hidup emang harus ada aturan ,
    tapi ya jangan terlalu bikin hidup ini jadi susah