MohdHafez.net http://www.mohdhafez.net I need to start with something. Thu, 18 Aug 2011 10:44:10 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.2.1 Lupa Baca Niat Batal Puasa http://www.mohdhafez.net/lupa-baca-niat-batal-puasa/ http://www.mohdhafez.net/lupa-baca-niat-batal-puasa/#comments Wed, 17 Aug 2011 23:50:03 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=481 Salam semua,

Pada suatu hari ada seorang hamba Allah ini mengadu masalahnya pada seorang ustaz,
Hamba Allah: “Saya tak boleh puasa hari ni ustaz”
Ustaz: “Eh! kenapa pula?”
Hamba Allah: “Malam tadi saya terlupa niat puasa”
Ustaz: “Awak bangun sahur tak?”
Hamba Allah: “Bangun ustaz, dua pinggan nasi goreng saya habiskan”
Ustaz: “Ouh! awak bangun sahur tu untuk apa sebenarnya?”
Hamba Allah: “Untuk berpuasalah ustaz”
Ustaz: “Hmmm… ” (sambil mengelengkan kepala)

Ada di antara kita masih tidak memahami konsep niat yang sebenar. Ramai yang menganggap niat itu adalah bacaan ayat seperti “Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan fardhu atasku kerana Allah ta’ala”. Sekiranya niat ini tidak dibaca atau disebut maka terbatallah puasa pada hari itu.

Seperti juga niat solat jika membaca contohnya “Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah taala” sedangkan pada ketika itu ingin menunaikan solat Zuhur dan hanya tersedar pada rakaat terakhir maka kita menganggap solat itu batal dan mengulanginya.

Ini merupakan tanggapan yang harus kita perbetulkan. Kita harus faham, niat atau keinginan untuk melakukan sesuatu itu datangnya daripada hati bukannya daripada sebutan ayat. Sebutan atau bacaan yang datangnya daripada mulut sering kali tersilap dan tersalah, maka kerana itu Allah melihat hati kita.

Ilmu ini saya perolehi daripada sesi tazkirah di surau pejabat pada hari semalam. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah.

p/s: Islam itu mudah, mudahnya Islam itu hanya dapat dilihat dan dirasai dengan ilmu. :D

]]>
http://www.mohdhafez.net/lupa-baca-niat-batal-puasa/feed/ 0
Nikon D4 http://www.mohdhafez.net/nikon-d4/ http://www.mohdhafez.net/nikon-d4/#comments Wed, 17 Aug 2011 04:50:14 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=476 Nikon

Ura-ura yang mengatakan Nikon akan melancarkan produk terbarunya iaitu D4 pada hujung bulan ini heboh diperkatakan di sana-sini terutama di dalam laman sosial facebook. Namun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Nikon sendiri.

Apa pun risalah preview Nikon D4 yang telah diterbitkan amat mengujakan bagi setiap pengguna dan peminat kamera dslr ini. Pelbagai fungsi-fungsi tambahan terutama daripada segi mutu penghasilan video dan penambahbaikan kepada fungsi sedia ada telah dilengkapkan ke dalam D4.

Pastinya jika berita ini benar, sambutan terhadap D4 akan lebih hebat terutama buat jurufoto-jurufoto profesional. Kita pula akan dapat menyaksikan lebih banyak foto-foto dan video kreatif yang bakal diterbitkan.

Nikon D4

]]>
http://www.mohdhafez.net/nikon-d4/feed/ 0
MyEmail Adalah Hotmail http://www.mohdhafez.net/myemail-adalah-hotmail/ http://www.mohdhafez.net/myemail-adalah-hotmail/#comments Wed, 17 Aug 2011 02:53:02 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=471 myemail.my

Salam semua,

Akhirnya saya telah berjaya mendapatkan emel 1Malaysia yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Walaupun perkhidmatan emel ini masih dalam fasa Beta atau percubaan, namun kini saya sudah boleh menerima atau menghantar emel menggunakan domain @myemail.my.

Proses pendaftaran akaun emel baru agak mudah dan ringkas kerana antaramukanya bercirikan Web 2.0 yang menarik. Anda diwajibkan menggunakan nama penuh mengikut nama dalam kad pengenalan. Setiap pendaftaran akaun emel ini kemudiannya akan disahkan dengan maklumat anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apabila pendaftaran sudah berjaya anda boleh terus log masuk dan seterusnya akan dibawa ke akaun bank Hotmail yang berbayar. :D

myemail.my

]]>
http://www.mohdhafez.net/myemail-adalah-hotmail/feed/ 0
Putrajaya View http://www.mohdhafez.net/putrajaya-view/ http://www.mohdhafez.net/putrajaya-view/#comments Mon, 23 May 2011 06:18:02 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=453

]]>
http://www.mohdhafez.net/putrajaya-view/feed/ 0
Bahana Air Kencing http://www.mohdhafez.net/bahana-air-kencing/ http://www.mohdhafez.net/bahana-air-kencing/#comments Sun, 04 Apr 2010 02:17:44 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=434 Pada 2 April 2010 yang lalu, seperti yang telah kita sedia maklum, negara telah dikejutkan dengan berita kematian pelawak tanahair tekenal Din Beramboi (atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri). Kematian beliau disahkan berpunca daripada demam denggi berdarah yang mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Sebelum itu beliau telah tiga hari terlantar di Hospital Selayang dalam keadaan koma yang mana pada mulanya disangkakan terkena jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis.

Sungguhpun kematian arwah Din Beramboi tidak dikaitkan dengan leptospirosis, ini tidak bermakna kuman ini tidak berbahaya. Malah dikatakan kuman ini mampu membawa akibat yang sama dengan demam dengki berdarah dan sukar untuk dihapuskan. Di sini saya sertakan keterangan ringkas mengenai leptospirosis yang telah dipetik daripada forum Cari.com.my.

Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

170 anak

“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.

Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.

“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.

“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.

Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.

“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

Rumput

“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.

“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.

“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.

Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.

“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.

“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.

Gerudi

Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.

“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.

“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.

Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.

“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.

“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.

Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.

“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.

Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.

“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.

“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.

“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.

Walaupun kita masih bersedih dengan pemergian arwah Din Beramboi, namun saya fikir kita perlulah mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan terhadap persekitaran yang boleh membawa kepada penyakit yang boleh memudaratkan atau membawa kematian. Sudah tentu kita tidak mahu kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata bukan? Jadi pastikanlah persekitaran rumah, tempat kerja atau tempat-tempat yang selalu anda kunjungi adalah bersih dan selamat.

]]>
http://www.mohdhafez.net/bahana-air-kencing/feed/ 1
Resepi Nasi Berani Gam http://www.mohdhafez.net/resepi-nasi-berani-gam/ http://www.mohdhafez.net/resepi-nasi-berani-gam/#comments Wed, 03 Mar 2010 19:59:00 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=430 Resepi ini diambil daripada emel. Cadangan hidangan untuk 5 orang.

Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah – dihiris
50 gram bawang putih – dihiris
50 gram halia – dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan – bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato – dipotong empat
2 tangkai cili merah – belah dua
2 tangkai cili hijau – belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang – potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.

Daging beriani:
1 kilogram daging – potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani – campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan – bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah – dikisar
20 gram bawang putih – dikisar
20 gram halia – dikisar
3 gram daun pudina – dikisar
3 gram daun ketumbar – dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng – ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.

Tips:
* Beras mestilah berbau wangi dan cantik. Pilih basmati yang perlu dibasuh terlebih dulu sebelum direndam selama setengah jam.
* Bagi membolehkan daging lebih enak dan empuk, perap daging dengan rempah ratus dihasilkan sendiri selama setengah jam.
* Masak dalam api perlahan antara satu hingga dua jam supaya daging benar-benar empuk.
* Antara punca daging tidak menepati cita rasa adalah ia dimasak terlalu cepat dengan api tidak terkawal.

Untuk maklumat lanjut, layari www.residenceatuniten.com atau www.seripacific.com

- Selamat Menjamu Selera -

]]>
http://www.mohdhafez.net/resepi-nasi-berani-gam/feed/ 1
Antara kerja dan keluarga http://www.mohdhafez.net/antara-kerja-dan-keluarga/ http://www.mohdhafez.net/antara-kerja-dan-keluarga/#comments Wed, 03 Mar 2010 02:31:47 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=428 Ramai orang menganggap bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan keluarga. Namun sebenarnya terdapat beberapa langkah mudah untuk mempunyai kerjaya yang baik disamping mengekalkan hubungan keluarga yang intim. Antara langkahnya adalah:

Langkah 1: Jangan campur-adukkan antara kerja dan keluarga.

Anda harus tentukan sendiri masa yang tetap, di mana anda akan berhenti daripada memikirkan tentang kerja dan mula meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Malang sekali tidak ramai yang mampu berbuat demikian, malah ketika bersolat pun masih boleh memikirkan masalah yang berlaku di tempat kerja.

Untuk mengatasi masalah ini, catatkan kekangan anda. Seboleh-bolehnya cuba habiskan semua kerja anda mengikut masa yang ditetapkan di waktu pejabat. Pastikan anda tidak membawa sebarang dokumen atau kertas kerja ke rumah.

Langkah 2: Pastikan hujung minggu anda yang terbaik.

Bagi kebanyakkan orang, hujung minggu adalah satu-satunya masa untuk mereka menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga. Untuk mengekalkan keseimbangan kerja dan keluarga, pastikan anda melakukan sesuatu yang istimewa yang mana dapat menghimpunkan semua ahli keluarga pada setiap hujung minggu. Contohnya, pada setiap malam sabtu anda menganjurkan sebuah permainan yang perlu disertai oleh setiap ahli keluarga atau pun mungkin membuat giliran memasak.

Langkah 3: Elakkan kerja lebih masa.

Kerja lebih masa akan membuang tenaga dan masa yang tinggal untuk bersama keluarga. Disamping membuatkan anda keletihan, anda tidak akan berminat untuk melakukan sebarang aktiviti yang menarik bersama keluarga di hujung minggu. Tidak dinafikan, kadang kala anda menghadapi tekanan untuk menyiapkan kerja untuk mengejar tarikh tamat yang makin hampir. Bagaimana pun, jika anda boleh merancang dan menguruskan jadual untuk mengelakkan daripada melakukan kerja lebih masa adalah lebih baik.

Seperti mana langkah yang diberikan, mengimbangi antara kerja dan keluarga adalah tidak sukar. Paling penting anda harus bersedia untuk mengubah diri mengikuti tips-tips ini dan mengawasi diri sendiri daripada menghabiskan masa yang terlalu banyak di tempat kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga. Selagi anda sedar akan keutamaan yang harus diberikan, maka anda tidak akan menghadapi masa untuk mengimbangi dua perkara ini.

]]>
http://www.mohdhafez.net/antara-kerja-dan-keluarga/feed/ 0
Tidur lama cepat mati http://www.mohdhafez.net/tidur-lama-cepat-mati/ http://www.mohdhafez.net/tidur-lama-cepat-mati/#comments Thu, 21 Jan 2010 03:04:16 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=426 Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa…

- Tidur melebihi 8 jam sehari, risiko 12% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi 9 jam sehari, risiko 17% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi sehingga 10 jam sehari, risiko sehingga 34% untuk mati lebih cepat.

Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih cepatlah anda pergi menghadapi risiko kematian. Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.

Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda.

]]>
http://www.mohdhafez.net/tidur-lama-cepat-mati/feed/ 1
Jangan Jadi Mangsa Emel Daripada Bank http://www.mohdhafez.net/jangan-jadi-mangsa-emel-daripada-bank/ http://www.mohdhafez.net/jangan-jadi-mangsa-emel-daripada-bank/#comments Tue, 12 Jan 2010 00:04:34 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=424 Seperti anda sedia maklum, kebanyakkan bank di negara ini telah menyediakan kemudahan online banking kepada pelanggannya. Antara online banking paling popular ketika ini adalah seperti Maybank2u dan CimbClick. Saya pasti kebanyakkan daripada anda pernah membuat sekurang-kurangnya sekali transaksi menerusi online banking. Tidak perlulah dinyatakan di sini betapa kemudahan online banking ini amat membantu dan memudahkan urusan anda dengan bank selama ini.

Namun, disebalik keselesaan dalam menggunakan online banking, terdapat ancaman yang anda perlu sentiasa berwaspada. Antaranya adalah seperti emel seperti ini.

Kelihatan seperti emel rasmi yang dihantar oleh bank itu sendiri. Namun jika diperhatikan pada pautan dalam emel ini, anda sebenarnya akan dibawa ke sebuah laman web phishing. Jika bernasib baik, pautan tersebut mungkin telah disaring oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menerusi program antiphishingnya. Jika tidak, kemungkinan maklumat perbankan anda akan diragut dicuri dan anda akan kehilangan wang dengan sekelip mata.

Jadi berwaspadalah dengan emel-emel sebegini. Pihak bank biasanya akan menghantar surat, tidak melalui emel sebegini kepada anda.

]]>
http://www.mohdhafez.net/jangan-jadi-mangsa-emel-daripada-bank/feed/ 2
Tips Memulakan Tugas Di Tempat Baru http://www.mohdhafez.net/tips-memulakan-tugas-di-tempat-baru/ http://www.mohdhafez.net/tips-memulakan-tugas-di-tempat-baru/#comments Wed, 06 Jan 2010 10:13:25 +0000 hafez http://www.mohdhafez.net/?p=418 Istilah penempatan bukanlah perkara baru bagi penjawat awam. Penempatan bermaksud anda ditempatkan atau diarahkan untuk bertugas di sesuatu jabatan atau agensi kerajaan yang telah ditetapkan melalui surat arahan penempatan yang dikeluarkan oleh JPA. Kebiasaannya penempatan merujuk kepada penjawat awam yang baru saja dilantik, mendapat kenaikan pangkat atau bertukar. JPA telah mengkhususkan pegawai-pegawainya untuk menguruskan setiap skim perkhidmatan dan gred jawatan gunasama. Jadi, setiap pengambilan pegawai baru, pertukaran, atau kenaikan pangkat akan diuruskan oleh pegawai-pegawai ini disamping pegawai yang berada di jabatan atau agensi di mana anda ditempatkan.

Untuk memulakan tugas di tempat baru bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda masih mentah baru dalam perkhidmatan kerajaan. Budaya kerja dan kerenah rakan sekerja serta bebanan kerja antara perkara yang perlu ditangani dan diuruskan dengan baik. Semakin cepat anda menyesuaikan diri, maka semakin mudahlah anda melaksanakan tugas yang diamanahkan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memulakan tugas di tempat baru.

1. Sentiasa senyum dan beri salam kepada semua orang.
2. Jangan memencil diri, sertai rakan sekerja dalam setiap aktiviti.
3. Jangan terlalu pasif atau terlalu dominan sewaktu berbual.
4. Hormati rakan sekerja walaupun jawatan mereka lebih rendah daripada anda.
5. Jangan memilih rakan, cuba berbaik dengan semua orang.
6. Jika rakan sekerja anda memberi tunjuk ajar, berikan perhatian walaupun anda sudah tahu perkara tersebut.
7. Jika terdapat konflik di tempat kerja, cuba elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak.
8. Tunjukkan sifat rajin agar anda lebih senangi oleh rakan-rakan sekerja.
9. Bertanya jika tidak tahu, jangan jadi bodoh sombong.
10. Jaga penampilan diri dan pertuturan.

Semoga tips-tips ini membantu anda untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru. SELAMAT BERTUGAS!

]]>
http://www.mohdhafez.net/tips-memulakan-tugas-di-tempat-baru/feed/ 0