Browse By

Fatwa Mengenai Hukum ASB dan ASN Adalah Maslahat

Saya agak terkejut dan menjadi keliru dengan berita yang disiarkan di akhbar-akhbar utama pada 3 Februari lalu mengenai hukum harus yang dijatuhkan ke atas pelaburan ASB dan ASN oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Berdasarkan kepada pembacaan saya di laman web Ustaz Zaharuddin sebelum ini, 37% dana PNB dilaburkan di kaunter-kaunter yang disahkan tidak halal kerana terlibat dengan unsur riba. Peratusan itu secara tidak langsung telah melebihi had yang digariskan dalam Islam iaitu 1/3 atau 33.33% bagi membolehkannya dianggap halal.

Apakah yang dimaksudkan dengan Maslahat? Ustaz Zaharuddin menjelaskan maksud Maslahat di dalam komennya terhadap isu fatwa ASB dan ASN ini seperti berikut:

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato’ Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah “MASLAHAT”. Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar ‘Maslahat’ atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan ‘fiat money’ yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan “mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?”. Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan “Iqra’

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan ‘modification’ yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi ‘harus’ atau ‘halal’ hanya bergantung kepada hujjah ‘MASLAHAT’ yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : “Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan” ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Sekian

3 Feb 2008

Sumber: Zaharuddin.net

Bukanlah niat saya menerbitkan post ini untuk mempersoalkan fatwa yang telah dikeluarkan, tetapi apa yang dapat saya ringkaskan di sini ialah apabila menyentuh kepada sesuatu yang kita tahu dan sedar telah jelas haram tidak halal tetapi hukum tetap menyatakannya halal maka seperti kata Ustaz Zaharuddin kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri. Wang anda adalah hak anda, dan andalah yang penentu keberkatannya. Persetujuan PNB untuk menerima Majlis Penasihat Syariah di dalam pengurusan dananya adalah langkah yang paling bijak dan saya mengharapkan semoga pelaburan kita di dalam ASB dan ASN di masa depan akan lebih jelas halalnya. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://www.paypal2u.com/blog/ Paypal2u Bloggers

    Saya beranggapan ianya masih penuh dengan perkara-perkara yang meragukan dan secara tepat mengundang masalah hukum.

    Namun selagi mana ASN dan ASB ini tidak dibersihkan cabang pelaburannya, maka hukum yang pertama (Majlis Fatwa Negeri Selangor) masih terpakai.

    Paypal2u Bloggers’s last blog post..MANET Phone?

    • Syaizan8527

      masuk asb ok. terjamin public mutual mcm hampas!!!
      asb bleh buat simpanan hari tua

      • Autobot

        x pandai melabur sbb tu rugi..

        • fzn

          nk melabur mcmane c pandai?

          • Mr Chulalongkorn

            pelbagaikan pelaburan anda…mksudnya..kalau market x stabil..ble tukar pelaburan anda kepada  pelaburan yang kurang berisiko..tetapi tentunya juga kurang agihan(untung).. tetapi hanya untuk sementara waktu saja…dan cuba elakkan pelaburan secara lump sum…guna praktikkan `dollar cost averaging`..ia lebih baik..

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Sekurang-kurangnya ada usaha untuk cuba memperbetulkan keraguan itu, semoga perubahan itu berjalan lancar. Apa pun yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal.

  • Firdaus

    Pendapat saya. dari bersusah payah menghalalkan pelaburan yg meragukan, lebih baik bersihkan terus pelaburan yg tidak halal supaya terang2 bole diletakkan ASB menjadi halal.Kenapa Unit trust bole generate return yg besar dan mengikut syariah, manakala ASB pulak tidak.
    penin2..

    lagi satu, kalu kita ragu2 lebih baik jgn terlibat.
    banyak lagi tempat lain utk kita melabur…

    sekian

    • Lob_ster82

      anda boleh meghubungi saya…perunding Unit Amanah Public Mutual untuk membuat pelaburan yang patuh syariah…saya kan terangkan bagaimana untuk menjamin pulangan 10-20% dengan melabur dalam Public Mutual.. MIZAN MUSTAPA 0139009973

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Seperti yang telah saya jelaskan dalam post bertajuk “Antara Public Mutual dan ASB” sebelum ini, perbezaan paling nyata yang mempengaruhi pulangan pelaburan adalah jenis-jenis risikonya. ASB boleh dikatakan hampir tiada risiko kerana telah dijamin kerajaan. Hukum pelaburan menyatakan apabila risiko rendah, maka pulangannya juga turut rendah.

  • NORIYAH

    askum ustaz. saya masih keliru dengan hukum pelaburan asb ini. saya telah pun membuatpinjaman pelaburan ASB sebanyak RM30 ribu selama 10 tahun. baru seblun mula membayarnya. jadi apa yang saya harus lakukan kerana kalau ingin menjual semula pelaburan tu saya kena membayar lebih. saya runsing. harap ustaz bantu saya

  • yana

    Assalamualaikum,
    Saya telah membuat loan ASB sebanyak 50k bermula Mei2008. Setelah membaca semua fatwa2 tentang hukum melabur di ASB, saya menjadi ragu2 & ingin memberhentikan loan ASB saya.

    Namun malangnya saya bukan sahaja tidak akan mendapat semula wang saya, malah saya masih perlu emmbayar lagi RM1.5k kepada pihak bank kerana pelaburan saya belum cukup tempoh matang.

    Saya ada melabur di 2 bank yang berasingan di mana lagi satu adalah sebanyak 10k, bermula june2006. Kedua2 pihak bank menyatakan bahawa pelaburan adalah halal, cuma saya perlu membayar zakat sahaja.

    Please advice me. Bolehkah saya menunggu sehingga dividen tahun hadapan untuk cover balik duit yang saya telah laburkan?

    Wassalam.

  • Aman

    PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

    Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

    http://www.zaharuddin.net

  • http://bengkelcatkereta.blogspot.com joe

    salam semua,
    saya ingin kongsi pengalaman tentang perkara serupa, terutama sekali dengan cik yana,saya pun salah seorang yang terjebak untuk loan asb dari maybank…rm 30k tahun 2008 lepas.
    selepas sebulan saya tergerak hati untuk kaji tentang pelaburan ini,seterusnya saya buat keputusan untuk tarik diri.
    memang terasa rugi untuk tarik diri apatah lagi nak kena bayar pula! memang tensennn
    saya sendiri terpaksa bayar RM1500.00 untuk proses pembatalan walau baru masuk sebulan lebih sakitkan hati wang di akaun telah 2 bulan di potong RM700.00..
    Pada saya,biarlah saya berhenti dari terus menyusahkan diri sendiri kemudian hari,memang nampak tindakan saya ini tak bagus pada sesetengah orang,tapi demi AGAMA biarlah saya tinggalkan perkara macam ni setelah saya tahu keadaannya,
    tak rugi pun sebenarnya,pelajaran untuk diri sendiri…
    alhamdulillah selepas saya tarik diri hati terasa amat senang,jalan rezki pun tak putus-putus ALLAH bagi.
    syukurrrr..

    azamaju2006@gmail.com
    bengkelcatkereta.blogspot.com

    • Lob_ster82

      bagus tindakan anda…pilih la tempat tabungan lain seperti di Public Mutual yang patuh syariah…sya pun heran kenapa org pilih untuk buat loan ASB sedangkan anda mampu untuk membuat tabungan bulanan….mengapa perlu meminjam untuk melabur sedangkan anda mampu untuk tabungan dan memperoleh keuntungan yang ciput,…cuba anda fikir 7.5 dividen – interst pinjaman anda, berapala sangat keuntungan anda…d Public mutual 1. tabungan, 2. masa 3-5 tahun dan garenti pulangan 10-20%..patuh syariah kerana setiap dana islam mempunyai penasihat syariah yang memantau dana tersebut… Saudara boleh hubungi saya kerana sudah 2 tahun saya berkecimpung sebagai perunding unit Amanah Public Mutual berhad. MIZAN MUSTAPA…O139009973

  • Rio

    Salam,
    Saya setuju pandangan tersebut. Jika haram hukumnya tetap haram. Takutlah kepada Allah dan Allah adalah maha pemberi rezeki.

  • mohdhafezharun

    betul ustaz

  • syud

    Sebelum saya menyertai loan asb, saya sememangnya telah mengkaji serba sedikit tentang latar belakang terutama hukumnya. Saya juga turut meminta nasihat pensyarah perancangan kewangan yang juga merupakan ustaz saya semasa di universiti dulu. hukumnya bukan haram cuma 37% tersebut sahaja yang investor berunsur riba jadi apabila dividen yang diperolehi, 37% tesebut perlu diasingkan dan di sedekahkan kepada perkara lain terutama kebajikan dan bukan untuk kegunaan sendiri.Loan asb sangat bagus untuk menabung. nak harapkan menabung sendiri, alamat sampai ke tuala takda simpanan. Hal ini jelas saya lihat depan mata saya, ramai masyarakat Melayu kita konon nak elak perkara haram seperti loan asb, tapi lebihan duitnya tak ke mana. Nak suruh simpan di tabung haji punyalah susah. Asal masuk, tak lama lepas tu licinla. Bagi mereka yang boleh berdisplin baguslah. Saya menceritakan pada mereka yang janji papa asal bergaya, cakap pandai buatnya tak serupa bikin. so untuk train mereka menyimpan, loan asb memenag cara terbaik kerana asal korang lambat bayar, tiap2 bulan ada customer servis yang ingatkan suruh bayar.bayar bukan sebagai pinjaman tapi simpanan masa depan.selagi didunia semuanya ada baik dan buruk.faham konsep dulu.tapi ingat asingkn 37% daripada yang diperolehi.jangan main hentam kromo makan untuk sendiri plak.k.harap maklum.

    • Nurfauzi Takaful

      di pasaran ada banyak instrumen pelaburan yang patuh syariah dan lebih menguntungkan berdasarkan prestasi yang lalu. 37% share yang haram angat besar dan mempengaruhi pelaburan dan pendapatan.
      ramai dalam kalangan kita gelap mata bila sampai hal duit…seolah mencari justifikasi membenarkan tindakan.
      namun sudah jelas, bagi orang awam harus berpegang kepada fatwa majlis fatwa kebangsaan. maklumat sudah ada, tinggal kita yang perlu baca, teliti dan buat keputusan

  • hasni31

    bagi saya sama saja kita buat loan asb dgn simpan duit di bank konvensional yg pastinyer ada unsur riba. tetapi bank konvensional tak ada pn orang pertikalkan. loan asb jenuh orang pertikalkan. sekurang2nye loan asb melatih sesiapa yg tak ada disiplin utk menabung demi masa depan sendiri serta keluarga tersayang.

    • Nurfauzi Takaful

      siapa kata bank konvensional tak ada yang pertikaikan. banyak dah fatwa jelaskankan hukum terlibat bank konvensional.
      banyak instrumen pelaburan lain yang menepati kehendak syariah di pasaran. ramai juga yang buat pembiayaan dan melabur dalam saham amanah yang patuh syariah.

    • khairul

      kalau bank2 knvensional itu smua d pertikaikn, agk2 ada pihak atasan yg akn amik tndakan ke? pihak kerajaan akan cmpur tgn ke? kalau dr akar umbi lg x jaga halal n haram, mcmana kite nk pertikaikan halal haram bank knvensionala ni? yg penting sbgai muslim yg baligh, kite leh wat penilaian sndri utk smua ni.. guna kwarasan kite dan berfikir rezki ade d mana2 dan dunia xkn kiamat kalau kite tutup akaun as kite..
      insyaAllah kalau kite jga agama kita, Allah akan jge harta dan keluarga kite..aminnn..

  • Nurulamirahjm

    Assalamualaikum..Kesimpulannya ASB ni halal @ haram? Maaf saya kurang jelas.

  • Nurulamirahjm

    Kalau di BSN SSM halal @ x?

  • ein

    kalau tak silap saya 37% tu utk tahun 2005, tahun 2010 hanya lebih kurang 31% jer. Wallahualam.

  • http://motivasikewangan.blogspot.com/ Motivasi Kewangan

    bagi saya secara mudahnya jauhkan diri dari ASN dan ASB kerana kita banyak alternatif

  • Melaburmenabung

    kalau ASB / ASN haram.ada alternatif.ada satu website yang bincangkan akternatif lagi baik dari ASB. visit
    http://pelabur.blogspot.com/