Browse By

Fantasy Premier League

Fantasy Premier League 2008/2009 Mari menguji kebolehan anda menguruskan sebuah pasukan bola sepak dunia. Kumpulkan 15 pemain terbaik kegemaran anda mengikut peruntukan kewangan yang ada bagi membentuk satu pasukan untuk beraksi dalam Liga Inggeris yang akan bermula pada 16 Ogos ini. Cipta sebuah liga dan jemput rakan-rakan anda menyertainya, mata akan dikira sekiranya pemain yang anda pilih beraksi dalam setiap perlawanan dan mata tambahan akan diberi bagi setiap jaringan yang dilakukan. Untuk memenangi permainan ini amat mudah, pastikan anda memilih pemain yang akan sentiasa beraksi dalam Premier League sepanjang musim ini. Memilih pemain yang ternama tidak menjamin kemenangan anda kerana mereka mungkin mengalami risiko kecederaan atau direhatkan di bangku simpanan. Jadi, buat pilihan yang tepat, dan pastikan mata anda tidak berkurangan. 😀

Fantasy Premier League 2008/2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...