Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) dilaporkan telah berada pada paras terendah dalam Bursa Saham Kuala Lumpur tengahari semalam dan terpaksa digantung selama sejam. Kejatuhan teruk pasaran saham ini dikatakan berpunca daripada tindakan pelabur yang menjual pegangan-pegangan mereka berikutan ketidakpastian mengenai arah tuju ekonomi dan dasar pembangunan negara selepas berakhirnya pilihanraya umum ke 12.

Akibat kejatuhan ini, langkah `Penampan Kejatuhan atau Circuit Breaker’ terpaksa digunakan oleh Bursa Malaysia Bhd bagi membendung pasaran saham daripada terus mengalami kemerosotan. Di antara sektor yang mengalami tekanan jualan teruk adalah pembinaan, barangan binaan, infrastruktur, hartanah dan kaunter perjudian serta minuman keras.

Saya berharap keadaan ini tidak berlarutan, dan kerajaan perlu segera mengambil langkah yang perlu bagi mengawal keseimbangan pasaran saham. Pelabur-pelabur perlu diyakini agar mereka tidak terus melepaskan pegangan mereka dengan mudah. Saya bimbang sekiranya situasi ini berlanjutan akan menyebabkan ekonomi negara runtuh begitu sahaja.

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Netscape
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Internetmedia
  • MyShare
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Wists
  • Blue Dot
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Sphinn
  • TwitThis
  • eKudos

Post to Twitter Tweet This Post