Browse By

Dunia Baru The Movie

Sewaktu menonton filem Dunia Baru The Movie baru-baru ini, terlintas di fikiran berapa ramaikah di kalangan wanita kini yang mempunyai teman lelaki kurang waras (psycho) seperti watak Fazley(Hafiz). Sungguh pun watak Fazley dalam filem ini dilakonkan secara komedi, namun secara realitinya watak ini wujud di dalam masyarakat kita dan semakin meningkat bilangannya. Ramai wanita yang dilaporkan menjadi mangsa penderaan teman lelaki mereka sendiri hinggakan ada yang tekad untuk membunuh diri akibat tidak tahan diperlakukan dengan keterlaluan.

Jika anda sering mengikuti ruangan agama atau ruangan khidmat kaunseling di dalam akhbar atau majalah, anda pasti pernah terbaca mengenai kes-kes seperti ini. Dalam banyak kes, mangsa kebiasaannya tidak dapat keluar daripada belenggu teman lelaki mereka kerana telah diperangkap dengan pelbagai jenis ugutan. Ada pula sesetengahnya masih lagi boleh menyatakan perasaan sayang terhadap teman lelakinya walaupun saban hari didera dengan teruk. Penderaan bukan sahaja dilakukan secara mental malah secara fizikal dan seksual terhadap mangsa.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlakunya penderaan ini, antaranya adalah seperti berikut:

Personaliti
Personaliti mempunyai perkaitan dengan kelemahan individu yang melakukan keganasan ini. Ini termasuklah sikap panas baran dan lemah kawalan diri. Apabila individu tersebut menerima tekanan dari permasalahan yang dialami, emosi mereka akan terganggu, seterusnya mereka akan melepaskan tekanan tersebut terhadap isteri atau teman wanita mereka.

Kekecewaan
Kekecewaan berkemungkinan disebabkan oleh kegagalan mencapai matlamat dalam kerja, tugasan harian, dan perhubungan antara perorangan. Kekecewaan ini menyebabkan mereka mendera dan merogol isteri, teman wanita atau anak perempuan mereka untuk melepaskan rasa marah dan kecewa mereka.

Budaya
Lelaki bersifat cauvinis dan masculine berkuasa dan mengawal segala hal manakala wanita bersifat feminine submisif iaitu peserah. Penyalahgunaan imej budaya ini telah menjadi penggalak kepada berlakunya kes keganasan. Tambahan pula, kanak-kanak merupakan sumber yang mudah didekati dan tidak mengancam pemangsa. Mungkin inilah yang menjadi faktor meningkatnya kes rogol terhadap wanita. Pemangsa memilih wanita yang tidak mampu berbuat apa mereka bagi memuaskan nafsu mereka.

Sikap Masyarakat
Masyarakat kita yang kononnya bersikap ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ merupakan salah satu faktor meningkatnya kes keganasan terhadap wanita. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri, wanita didera suami, wanita dirogol oleh orang yang tidak dikenali namun tiada sebarang tindakan diambil. Mereka sepatutnya membuat aduan atau laporan polis. Sekurang-kurangnya laporkan kepada Ketua Kampung atau Ahli Jawankuasa Keselamatan Kampung (JKKK). Kerjasama dari masyarakat amat diperlukan. Kita perlu menjadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab bukan hanya menjeling sebelah mata.

Pengaruh Media Cetak dan Elektronik.
Sejak akhir-akhir ini, masyarakat di negara kita gemar dan sudah menjadi kebiasaan menonton VCD lucah. Majalah-majalah dan VCD lucah laris dijual seperti pisang goreng panas. Aksi perlakuan seks atau fidofilia inilah yang merangsang nafsu syahwat terutamanya golongan lelaki.

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ada menerbitkan artikel dan penerangan mengenai isu keganasan rumah tangga ini di laman webnya, anda boleh dapatkan lebih maklumat di situ. Daripada post kali ini, saya mengharapkan agar wanita lebih berhati-hati dalam memilih pasangan masing-masing dengan menyelidiki terlebih dahulu latar belakang teman lelaki anda agar anda tidak teraniaya di kemudian hari. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah ini, segeralah dapatkan pertolongan daripada pihak-pihak yang boleh membantu. Usahlah menganggap penderitaan yang anda alami adalah sesuatu yang telah ditakdirkan untuk anda, kerana yang menentukan nasib anda adalah diri anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • http://apa-saje.blogspot.com Truckster

    hoh?? best sgt ke Dunia Baru The Movie ni….bayak blog bercerita pasal muvie ni???…argghhh skang aku dah xde masa nak g panggung..tggu download jer lah kekeke!!!

    Truckster’s last blog post..REVIEW: IMAX SITIAWAN

  • http://www.mohdhafez.net hafez

    Sesekali layan tonton filem di panggung memang seronok…. 😀

  • http://fauzisabri.blogspot.com poji

    Haha…sudah menonton? pantasnya. Dgn sape ek? mestilah dgn somebody kan. So teladanilah si Madihah dan Darius tu. cepat2lh jemput kami utk mkn nasi minyak org pahang. Boleh ek.

    poji’s last blog post..Terkini & Ekslusif! Pengumuman pembubaran Parlimen oleh PM

  • lisa

    Aah, best la cerita dunia baru the movie tu. Tapi buat apa nak teladani kisah si Madihah and Darius tu. Diaorang kan dah bercerai. Huahuahua….

  • http://www.kongsiblog.org kita

    tapi bagi saya cerita ini banyak hiburan yang boleh merosakkan minda remaja kita

    kita’s last blog post..Sajak From Heavean !

  • http://satelite-keys.blogspot.com free satellite keys

    Development of digital technologies occurs prompt rates. Does not lag behind progress and digital TV. Speaking about digital TV, we first of all mean satellite TV. The digital satellite TV becomes more and more accessible to simple users. The market paid satellite tv also is not necessary on a place. The new digital standard of TV of high clearness HDTV actively develops and takes root. The satellite TV becomes more and more directed on the spectator. Besides digital quality of the image, advantage of satellite systems also is also the extensive cover zone of the companion.