Contoh Soalan Temuduga PPTM
Filed Under (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) by hafez on 28-02-2008
Tagged Under : contoh soalan, pptm
Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.
Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.
Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.
Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.
Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.







Salam,
Terima Kasih atas post ini dan terima kasih juga atas comment Hafez di blog saya. Nampaknya ada beberapa perkara lagi saya perlu tahu sebelum habis belajar
(open source dan pembangunan sistem)..TK
soleh’s last blog post..Rewarding Study
Sama-sama. Saya berbangga dapat membantu Soleh dan rakan-rakan lain yang masih belajar. Semoga anda berjaya di masa hadapan.
wah membantu aku jgk yg baru nak abih blaja ni….hehehe pelajar TUA. apis cepatla ko naik PTM. mana tau ko leh interbiu aku nanti…hehe….sonang citer….K.ILA interbiu org jgk kan?
poji’s last blog post..Imbasan Februari 2008
terima kasih abang hafez kerana serba sedikit dapat membantu saya untuk temuduga pada bulan 11 nie, doakan saya ok, wassalam…….
saya ingin menanyakan soalan yang biasa nya ditanaya untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat.
Terima kasih abg hafez…
tengah risau sangat tentang soalan-soalan yang bakal ditanya nanti..kena la buat persediaan sedikit sebanyak kan…
so..abg hafez…bila pula nak ke PTM..ke dah dapat PTM dah..
anyway thanks a lot..
salam semua, sya baru shj mendapat anggilan temuduga bg jawatan PPTM pada 20 November ini. berikutan itu, diharapan pengalaman dan beberapa tips dan contoh soalan lazim yg bakal disoal dlm temiduga tersebut. Kerjasama anda amatlah dihargai
thanx hafez….I’ve been going to the several interviews for the same post since years ago… and i was so sad to never had the chance to get the post…. thanx again for the great tips… wish me luck.. ok.. I’ll never give up applying for the post… eventhough there’s lots of boundaries out there especially to compete the youngsters.. the freshies… ok bye
saya dpt gak interview .seram sejuk badan….nak baca dr telaga bukan senang….nak kena korek maklumat balik…migrain dibuatnya…..dah lama tak study bab it walaupun amik IT ….dpt nie kira alhamdulilah….tapiii…..dah dekat akhir tahun banyak lak keja nak kena buat…..nangis dibuatnya……..keje rojak….semua buat…..haaaa……
Askum & salam sejahtera… sy dapat tawaran untuk interview jawatan PPTM pada khamis ini 18/12/2008. mujur saya melawati web site ini kerana sy mmg xde pengalaman interview jawatan ini. Harap2 info dan komen yang saya dapat dr web ini dapat membantu sy untuk menghadapi hari interview kelak. Terima kasih kepada developer web ini En mohd hafez. You are such a nice guy..