Browse By

Chrome Mungkin Saingan Firefox

Google ChromeBaru-baru ini Google baru saja melancarkan sebuah pelayar webnya sendiri yang dinamakan Chrome. Chrome adalah aplikasi open-source yang masih lagi berada diperingkat pengujian atau versi beta, jadi adalah terlalu awal untuk membandingkannya dengan pelayar web lain seperti Firefox, IE atau Safari. Perlu diketahui bahawa, Google tidak sembarangan membina Chrome sebagai sebuah pelayar web biasa kerana Chrome dibangunkan khas untuk menjadi sebuah pelayar web pencuri aplikasi.
Best bonus casino online

MohdHafez.net on Google Chrome

Chrome menggunakan rangka kerja pelayar web WebKit yang mana turut diguna pakai oleh Safari dan iPhone. Walaupun antaramuka Chrome kelihatan begitu ringkas dan ringan namun Chrome pantas serta bijak dalam menguruskan penggunaan memori. Pengurusan tab yang baik memudahkan navigasi pengguna serta terdapatnya aplikasi crash-free yang mampu mengelakkan berlakunya kejadian crash sewaktu melayari internet.

Buat masa ini Chrome mungkin tidak menjadi pilihan semua orang kerana masih terdapat beberapa kekurangan. Namun, tidak salah untuk kita menjadikan Chrome sebagai salah satu pelayar web alternatif untuk mencapai blog yang kita gemari. Jom kita cuba! 😀

Download:www.google.com/chrome

765qwerty765
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • fateha

    i'm chrome user & i like it very much!